BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kekuatan BN di Melaka tak bergantung pada Akmal semata-mata, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Kekuatan BN di Melaka tak bergantung pada Akmal semata-mata, kata penganalisis​

28df059e-akmal-saleh-fmt-resize-220925-1.jpg

Selasa lalu Dr Akmal Saleh menegaskan tidak akan bertanding PRN Melaka jika BN dan Pakatan Harapan bekerjasama pada pilihan raya itu.

Afifi Abdul Razak dari Universiti Utara Malaysia berkata, kekuatan Umno dan BN tidak bergantung kepada seorang individu kerana turut ditentukan jentera parti, calon dan keadaan politik semasa.

Katanya, ketiadaan ketua Pemuda Umno itu mungkin memberi kesan sederhana terhadap tarikan BN dalam kalangan pengundi muda di kawasan tertentu tetapi tidak semestinya menjejaskan kemenangan di seluruh negeri.

“Dalam jangka pendek, ia berisiko merugikan Akmal dari segi laluan kerjaya politiknya tetapi pengorbanan berprinsip seperti ini boleh menjadi modal politik jangka panjang,” katanya kepada FMT.

Selasa lalu, Akmal yang juga Adun Merlimau menegaskan tidak akan bertanding PRN Melaka jika BN dan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama pada pilihan raya itu.

Menurutnya, pendirian itu dibuat kerana lebih mengutamakan prinsip perjuangan berbanding jawatan sebagai wakil rakyat.

Pendirian Akmal susulan kenyataan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail yang gabungan itu terbuka membincangkan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting pula menyifatkan tindakan Akmal tidak bertanding sebagai ujian terhadap kesediaan Umno untuk berkompromi demi strategi pilihan raya.

Menurutnya, Akmal mempunyai asas untuk bersuara memandangkan beliau mempunyai pengaruh dalam kalangan akar umbi Umno, khususnya kelompok yang kurang selesa dengan kerjasama antara BN dan PH.

“Namun, politik tidak boleh hanya dibaca melalui emosi. Prinsip boleh memenangkan tepukan, tetapi strategi menentukan kemenangan,” katanya.

Kamarul Zaman Yusoff pula berkata, ketiadaan Akmal mungkin memberi kesan simbolik dan setempat, tetapi tidak semestinya menggagalkan strategi BN secara keseluruhan.

“Akmal penting kepada Umno tetapi Umno tidak bergantung kepada beliau seorang.

“Lebih penting sama ada BN mampu mengekalkan penyokong terasnya sambil menarik pengundi atas pagar,” kata felo di Future Research itu.
 
pengalisis sapa plak nie
 
nak dekat2 melingkup ph musibat nie

elok xyah layan propaganda dan narrative dari media terutama malaysiakini.. dulu utusan dah dibunuh dgn narrative sial puak2 nie

jalan terus.. tetapkan hati undi BN PN
 
bn pn bertanding asing je la kat melaka. buat eksperimen. tgk boleh dapat majoriti besar x masing2.

kalau gabung tau dah memang ph xleh gigit punya.
 
Back
Top
Log in Register