BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama PAS-Umno bukan wayang, kata Hadi

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Kerjasama PAS-Umno bukan wayang, kata Hadi​

d24165c3-f8e0-4984-b9a5-7466e5319c34-hadi-awang-ss-tiktok-240726.jpg

Presiden PAS Hadi Awang mengakui PAS dan Umno melalui pasang surut dalam hubungan mereka, tetapi keadaan itu perkara biasa dalam dunia politik.

Beliau mengakui PAS dan Umno melalui pasang surut dalam hubungan mereka, tetapi keadaan itu perkara biasa dalam dunia politik.

“(Kerjasama PAS-Umno) bukan wayang, kita habis duit…orang-orang PAS pergi berkempen belanja sendiri, guna tenaga sepenuhnya, wayang apa itu?” katanya selepas menyampaikan kuliah Duha di Masjid Kampung Rusila, Marang.

Ditanya sejauh mana pakatan PAS-Umno dapat bertahan, beliau berkata: “Kali ini panjang, insya-Allah, hendak selamatkan negara.”

BN dan PN membentuk pakatan pilihan raya tidak rasmi untuk PRN Negeri Sembilan, di mana BN bertanding 25 kerusi dan baki 11 kerusi ditandingi PN yang diterajui PAS.

Dua gabungan itu turut mengarahkan penyokong mereka mengundi calon mereka pada 1 Ogos ini.

Hadi berkata, PAS menggesa pengundi untuk menyokong calon Melayu-Islam bagi memastikan golongan itu terus mentadbir Negeri Sembilan.

Tetapi, katanya, parti itu juga akan menyokong calon bukan Islam daripada MCA dan MIC yang disifatkannya “tidak ekstrem”.
 
Bukan takat habis duit, sampai ada yg habis nyawa sbb terpengaruh dgn dakyah retorik Ayatullah Mullah TGHH ni dulu.

Orang kampung ygx berdosa, ditiup semangat kononnya menentang kerajaan UMNO BN yg disifat sbg taghut, akhirnya nyawa ygx berdosa melayang dek retorik perkara biasa dalam dunia politik.
 
Back
Top
Log in Register