afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Kerjasama PAS-Umno dijangka jadi ‘usul wajib’ muktamar, kata Takiyuddin
Takiyuddin Hassan berkata rundingan kerjasama antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional bagi PRN Melaka setakat ini berjalan positif.
Setiausaha agung PAS berkata, isu penyatuan ummah turut dijangka mendapat perhatian perwakilan.
“Pastinya ialah penyatuan ummah dan juga gabungan atau kerjasama politik PAS dan Umno. Itu salah satu usul yang wajib,” katanya selepas menghadiri Forum Musyawarah Nasional ‘Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji’, hari ini.
Muktamar PAS ke-72 dijadual berlangsung di Kelantan pada 4 Sept ini, dengan perasmian oleh Presiden Hadi Awang.
Ahad lalu, Presiden Umno Zahid Hamidi mengesahkan partinya akan menghantar wakil ke muktamar itu selepas menerima jemputan PAS.
Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata rundingan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi PRN Melaka setakat ini berjalan positif.
Katanya, rundingan masih berlangsung bagi menentukan kaedah dan bentuk kerjasama akan dilaksanakan.
“Kita sudah memulakan rundingan tetapi belum mencapai keputusan muktamad. Masih di peringkat rundingan untuk menetapkan kaedah dan bentuk kerjasama yang akan kita laksanakan.
“Bagaimanapun, perkembangan rundingan setakat ini sangat positif. Saya boleh katakan ia sangat positif,” katanya.