BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bukan tanda Umno solo di Melaka, Takiyuddin ulas Zahid tak hadir muktamar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Bukan tanda Umno solo di Melaka, Takiyuddin ulas Zahid tak hadir muktamar​

37e9b07a-2c99-4635-bb58-b236f68ab1c1-Takiyuddin-Hassan-fmt-050926-1.jpg

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, berkata rundingan bersama Umno masih berjalan, pihaknya tidak menolak penyatuan ummah diperluaskan melibatkan GPS dan GRS.

Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, berkata rundingan PAS bersama Perikatan Nasional (PN) dan BN berkaitan kerjasama menghadapi PRN Melaka masih diteruskan.

“Tidak langsung. Tidak sama sekali. Saya boleh mengesahkan perkara itu kerana saya terlibat.

“Saya antara yang terlibat secara langsung. Perundingan kita akan diteruskan mungkin dalam sehari dua ini,” katanya pada sidang media selepas Muktamar PAS ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, usaha penyatuan ummah juga akan terus diperkasakan melalui perbincangan antara PAS, Umno serta parti dalam PN.

Beliau juga tidak menolak agenda penyatuan ummah turut terbuka melibatkan parti politik dari Sabah dan Sarawak, termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Jadi sudah tentulah melibatkan Sabah dan Sarawak. Cuma belum sampai masa lagi kita berbincang di situ, tapi ke arah itulah,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register