BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akmal hadir muktamar PAS, Zahid menyusul esok?

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Akmal hadir muktamar PAS, Zahid menyusul esok?​

78b11629906dfd5ebb4130c0ac6306ec.jpg


Ketua Pemuda Umno Muhamad Akmal Saleh hari ini hadir ke muktamar Pemuda PAS di Kelantan, dalam rangka mengukuhkan kerjasama kedua-dua parti.

Sementara presidennya Ahmad Zahid Hamidi pula dilapor akan mengikuti jejak langkahnya esok dalam muktamar pusat PAS.

Zahid sebelum ini mengumumkan akan menghantar wakil parti itu tetapi tidak menyebut siapa.

Bagaimanapun, laporan terkini menyebut dia sendiri akan turun padang esok.

"Insya-Allah presiden Umno hadir Muktamar PAS esok," menurut sumber Umno, seperti dilaporkan BH.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dijangka turut mengiringi Zahid.

Komitmen pada ‘penyatuan ummah’

Sementara itu, Akmal dalam sidang media bersama Pemuda PAS berkata dia dan rombongan 25 orang hadir hari ini bagi menyatakan komitmen terhadap agenda “penyatuan ummah”.

“Dan hari ini tema daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan (tema) memimpin penyatuan.

“Sebenarnya tema ini hampir sama dengan (perhimpunan agung tahunan) Pemuda Umno pada minggu depan,” katanya.

Dia juga mengulangi pendiriannya terhadap kerjasama politik dengan PAS dan menolak PH.

Akmal malah mengulangi pendirian tidak akan bertanding dalam pilihan raya jika PH dan BN bergabung dalam pilihan raya negeri Melaka selepas ini.

Muktamar Tahunan PAS ke-72 berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa.

PAS mengundang pemimpin Umno sebagai rakan kerjasama strategik terbaru mereka selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu dan mengambil alih teraju Perikatan Nasional (PN).

PAS dan Umno kembali memulakan kerjasama melalui pilihan raya Johor dan Negeri Sembilan, yang menyaksikan hasil memberangsangkan buat mereka.

 
Kene game gan wak ke tu 😂 😆 😂 😆

 
Back
Top
Log in Register