afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Asyraf ganti Zahid hadir Muktamar PAS
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata pihaknya dimaklumkan Presiden Umno Zahid Hamidi tidak datang menghadiri Muktamar PAS hari ini pada saat akhir disebabkan perkara tidak dapat dielakkan.
Selain Asyraf, rombongan parti itu terdiri daripada Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Alwi Che Ahmad.
Turut hadir rakan komponen Perikatan Nasional (PN), antaranya Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Wawasan Negara Hamzah Zainudin, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Presiden Gerakan Dominic Lau dan Setiausaha Agung MIPP N Sathes Kumar.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya dimaklumkan Zahid tidak dapat menghadiri Muktamar PAS pada saat akhir atas sebab tidak dapat dielakkan.
“Kehadiran wakil Umno hari ini detik bersejarah baharu dalam landskap politik negara yang dizahirkan dalam usaha menjayakan gagasan besar penyatuan ummah. Terima kasih pimpinan Umno dan delegasi,” katanya pada ucapan pembukaan muktamar.
Sebelum ini, Takiyuddin dilaporkan berkata, parti itu menjemput pemimpin Umno ke muktamar kali ini, mengambil kira Umno sebagai rakan kerjasama strategik.
Semalam, rombongan Pemuda Umno diketuai Dr Akmal Saleh menghadiri Muktamar Dewan Pemuda PAS, manakala Pengerusi Majlis Ulama Umno, Dusuki Ahmad menghadiri Muktamar Dewan Ulama PAS.
Kehadiran pemimpin Umno ke Muktamar PAS kembali menarik perhatian memandangkan dua parti itu mempunyai sejarah kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional.
Kali terakhir pemimpin Umno dijemput menghadiri Muktamar PAS di Pahang pada 2019 yang diketuai Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan.
