BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, Abd Al-Malik ibn Marwan Jadi Khalifah Ke-5 Khilafah Umayyah Pada 2 Ramadan 65 Hijrah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240314_002253_577.jpg


Hari ini 1,380 tahun Hijrah yang lalu, Abd al-Malik ibn Marwan menjadi Khalifah ke-5 Khilafah Umayyah.

Lahir sekitar 644~647 Masihi & dibesarkan di Madinah, Abd al-Malik merupakan antara generasi pertama kelahiran Islam. Selepas Khilafah Umayyah diasaskan pada 661M, Abd al-Malik dilantik menggalas tugas pentadbiran & ketenteraaan.

Sepanjang Perang Saudara Islam, Khalifah Umayyah silih berganti selang beberapa tahun. Abd al-Malik mewarisi takhta daripada bapanya, Marwan I pada 2 Ramadan 65H/12 April 685M di waktu sukar, ketika dunia Arab berpecah & berdepan tekanan empayar Byzantine.

Apabila Abd al-Malik berjaya menawan Iraq & Mekah pada lewat 692M, beliau mengesahkan penguasaan Umayyah & menyatukan dunia Arab untuk mendepani Byzantine di Afrika Utara, sehingga berjaya menawan Carthage & menubuhkan pangkalan di Kairouan.

Dalam hal ehwal pentadbiran, Abd al-Malik telah menjadikan bahasa Arab bahasa rasmi Empayar Islam. Beliau juga menyatukan pentadbiran fiskal & pos serta menghapuskan sistem tradisi yang diamalkan di daerah-daerah yang ditawan daripada Byzantine & Parsi.

Beliau juga menamatkan penggunaan mata wang Byzantine & memperkenalkan dinar emas serta perak dengan inskripsi ayat-ayat Al-Quran pada 693M. Ini menjadikan Empayar Arab lebih Islamik sekaligus mengatasi masalah kepuakkan dalam bangsa Arab.

Abd al-Malik juga adalah orang yang bertanggungjawab membina Kubah Batu sebagai kenyataan penguasaan Islam di Al-Quds (Jerusalem). Di bawah pemerintahannya juga, penulisan Al-Quran ditambah baris untuk memudahkan pembacaan.

Abd al-Malik memimpin dunia Islam selama 20 tahun sehingga akhir hayatnya pada 9 Oktober 705M di usia sekitar 60 tahun. Takhta Khalifah Umayyah diwarisi oleh anaknya, Al-Walid I.

*Gambar wang dinar emas yang ditempa di Damsyik (pusat pemerintahan Umayyah) memaparkan imej dipercayai Abd al-Malik dikelilingi kalimah syahadah, sebelum imej tersebut diganti dengan ayat Al-Quran bermula 696/697.

Sumber: Your Dictionary, MET Museum

#PeristiwaHariIni
 
Abd al-Malik juga adalah orang yang bertanggungjawab membina Kubah Batu sebagai kenyataan penguasaan Islam di Al-Quds (Jerusalem). Di bawah pemerintahannya juga, penulisan Al-Quran ditambah baris untuk memudahkan pembacaan.
 
Back
Top
Log in Register