TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 455,457
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 455,457
- Reaction score
- 37,637
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Hari ini 62 tahun yang lalu, bermulanya mesyuarat tiga negara serumpun yang membawa kepada penubuhan Mafilindo.
Malaysia, Indonesia dan Filipina bertemu di Manila untuk memeterai kata putus menamatkan sengketa antara mereka yang tercetus susulan cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat.
Indonesia tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana melihat ianya sebagai satu bentuk neokolonisme, atau penjajahan bentuk baharu British di Nusantara, sementara Filipina terus gasak menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah mereka.
Maka mesyuarat diatur mempertemukan wakil Persekutuan Tanah Melayu, S/U Tetap Kementerian Luar, Ghazali Shafie; Indonesia diwakili Timb. Menteri Luar, Dr. Suwito Kusumowidagdo; sementara Filipina menghantar S/U Rendah Perkara-Perkara Luar, Salvador Lopez.
Susulan mesyuarat tersebut, terjadinya Sidang Kemuncak Menteri-Menteri Luar Persekutuan Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina pada 7 hingga 12 Jun di Manila, yang membawa kepada pertemuan ketua ketiga-tiga negara pada 31 Julai tahun sama.
Akhirnya, inisiatif yang dipanggil Pelan Macapagal ini memeterai perjanjian antara Persekutuan Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina maka terbentuklah pakatan digelar Mafilindo, gabungan nama ketiga-tiga negara terbabit.
Mafilindo kemudian sepakat memohon bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang kemudian menubuhkan United Nations Malaysia Mission (UNMAM) untuk mengutip pandangan rakyat Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak berhubung cadangan pembentukan Malaysia.
Bagaimanapun, Mafilindo terbubar hanya sebulan kemudian apabila Presiden Indonesia, Soekarno memarakkan kembali api Konfrantasi kerana merasakan masih wujud kuasa British dalam pakatan itu.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, UN
#PeristiwaHariIni