TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 455,355
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 455,355
- Reaction score
- 37,615
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Hari ini 129 tahun yang lalu, Sukan Olimpik ‘dihidupkan semula’ di Athens selepas 1,500 tahun terkubur.
Sukan Olimpik pertama yang direkodkan berlangsung di Olympia, Elis, sebuah negara kota Yunani purba pada tahun 776 S.M., namun dipercayai temasya tersebut sudah bermula 500 tahun lebih awal.
Ia diadakan setiap empat tahun sempena perayaan keagamaan untuk menghormati dewa Zeus, disertai oleh kota-kota sekitar empayar Yunani. Pada mulanya hanya acara larian dipertandingkan, sebelum pelbagai lagi acara ditambah pada edisi berikutnya.
Apabila bangkitnya empayar Rom, Olimpik semakin dipinggirkan dan akhirnya pada 393 M, Maharaja Theodosius I mengharamkan penganjurannya kerana bertentangan dengan ajaran Kristian yang diperjuangkan empayar tersebut.
Lebih satu milenium kemudian apabila tiba zaman Reinassance, berputiknya minat orang Eropah terhadap budaya Yunani purba, membawa kepada penganjuran temasya sukan dan festival ala-Olimpik di beberapa negara sekitar kurun ke-18 dan 19.
Sehinggalah pada 1892, seorang bangsawan Perancis, Pierre de Coubertin mengusulkan cadangan supaya Olimpik dihidupkan semula sebagai temasya utama sukan antarabangsa yang diadakan seperti asalnya iaitu empat tahun sekali.
Pada satu persidangan sukan di Paris pada Jun 1894, beliau sekali lagi membawa usul tersebut, dan dipersetujui oleh 79 delegasi dari 9 negara. Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) diasaskan, dan temasya pertama dirancang diadakan di tempat kelahirannya di Athens.
Pada temasya julung kali itu, 280 atlet dari 13 negara bertanding dalam 43 acara. Kesemua peserta adalah lelaki, malah pelancong yang datang ke Athens juga dialu-alukan untuk masuk bertanding.
Acara balapan dan padang diadakan di Stadium Panathinaic, yang dibina pada 330 S.M. dan dipulihkan untuk temasya 1896 itu. *Gambar menunjukkan keadaan sekitar majlis perasmiannya di stadium tersebut.
Acara marathon yang pertama juga diadakan, menyusuri jalan sebenar sepanjang 25 batu yang ditempuh oleh seorang anggota tentera yang membawa mesej kemenangan ke atas tentera Parsi dari Marathon ke Athens pada 490 S.M.
Sumber: History
#PeristiwaHariIni