BTC USD 84,141.7 Gold USD 4,132.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Abu Hurairah : Rasulullah saw
bersabda, “Orang kaya (berkemampuan) yang
melambat-lambatkan (membayar hutang,
zakat harta dan lain-lain kewajipan yang perlu
dibayarnya) adalah zalim. Apabila seorang di
antara mu dipindahkan hutang piutangnya
kepada orang yang berpunya (kaya) hendaklah
diturutinya (ditagih).”(riwayat Bukhari)

Hawalah (memindahkah hak pembayaran
hutang)

Contoh Hawalah : A berhutang pada B dan B
berhutang pada C. Dengan persetujuan ketiga-
tiganya, A terus membayar hutangnya kepada
C.
 
Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda,
“Seorang Muslim yang menanam pohon atau
tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya
dimakan burung, manusia atau binatang maka
orang yang menanam itu mendapat
pahala.”(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Siapa yang memelihara anjing;
selain anjing penjaga perkebunan atau penjaga
ternak maka pahala amal orang itu berkurang
setiap harinya satu ‘qirak’ (ukuran timbangan
yang bermaksud sebahagian).(riwayat Bukhari)


Dalam sebuah riwayat lain : “Selain anjing
penjaga kambing, perkebunan atau untuk
berburu.”
 
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Siapa yang mempunyai tanah,
hendaklah tanah itu ditanaminya atau berikan
kepada saudaranya. Seandainya ia tidak suka
memberikannya kepada orang lain, maka
hendaklah tanah itu tetap dimilikinya.”(riwayat Bukhari)
 
Dari Sahl Bin Sa’ad, katanya : Sebuah
gelas dihidangkan kepada Rasulullah saw dan
beliau minum dari situ. Di sebelah kanan
beliau ada seorang anak kecil dan di sebelah
kiri beliau ada seorang tua.

Beliau bersabda, “Hai anak kecil, relakah
engkau kalau sisa saya ini saya berikan kepada
orang tua ini?”

Anak itu menjawab, ‘Wahai Rasulullah, sayalah
yang paling berhak mendapat sisa anda.’ Lalu
Rasulullah saw memberikan kepadanya.

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Ada tiga golongan manusia yang
tidak akan dilihat dan tidak akan disucikan
Tuhan pada hari kiamat dan mereka itu akan
memperoleh siksa yang hebat.

Pertama, orang yang mempunyai kelebihan
air tetapi tidak mahu memberikannya kepada
orang yang kehausan dalam perjalanan.

Kedua, orang yang berjanji setia kepada Imam
(Pemimpin/Penguasa), tetapi hal itu
dilakukannya hanya kerana kepentingan
dunia. Kalau Imam memberikan keuntungan
dunia kepadanya, ia gembira. Tetapi jika tidak,
ia menjadi marah.

Ketiga, orang yang berjualan setelah Asar, lalu
berkata; ‘Demi Allah tiada tuhan selain-Nya.
Barang-barang saya ini telah ditawar orang
sekian.’ ( Maksudnya : Membuat sumpah palsu)
Lalu kata-katanya itu dipercaya orang lain.
Lalu Beliau (Nabi saw) membaca ayat yang
bererti;

Surah Ali 'Imran : 77

77. “Sesungguhnya orang-orang yang menukar
janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah
mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu
tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat,
dan Allah tidak akan berkata-kata dengan
mereka dan tidak akan melihat kepada mereka
pada hari kiamat dan tidak (pula) akan
mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang
pedih.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Said Al-Khudri r.a, katanya :
Pada suatu waktu, ketika Rasulullah saw
sedang duduk-duduk, datanglah seorang
Yahudi berkata, ‘Hai Abu Qasim! Seseorang
sahabat dari Tuan telah menampar muka
saya.’ “Siapa?”, tanya Beliau (saw). Orang
Yahudi itu menjawab, ‘Seorang Ansar.’ Kata
Beliau (saw), “Panggillah orang itu!”
Lalu Beliau (saw) bertanya, “Engkaukah tampar
dia?”

Orang itu menjawab, ‘Saya dengar ia (Yahudi
itu) bersumpah di pasar dengan berkata,

‘Demi tuhan yang telah memilih Musa lebih
dari segala manusia.’ Saya berkata, ‘Kamu
telah berbuat jahat terhadap Rasulullah saw.’
Saya marah, lalu menampar mukanya.

Nabi saw berkata, “Janganlah kamu
melebihkan seseorang dari pada Nabi. Pada
hari kiamat seluruh manusia pengsan. Saya
adalah orang yang pertama-tama sedar
kembali. Tiba-tiba saya jumpai Musa
berpegang pada salah satu tiang Arasy.

Saya tidak tahu apakah ia turut pengsan atau
sudah tidak pengsan lagi (Maksudnya :
dikecualikan dari pengsan).”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Said Al-Khudri r.a : Rasulullah
saw bersabda, “Kalau orang yang beriman itu
telah bebas dari neraka, mereka ditahan pada
jambatan antara syurga dan neraka, lalu
orang saling membalas penganiayaan antara
sesama mereka waktu di dunia.

Setelah mereka dibersihkan dan disucikan,
barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi
Allah yang diri Muhammad di tangan-Nya,
orang lebih tahu tempatnya di syurga
daripada (berbanding) tempatnya di
dunia.” (riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register