BTC USD 83,887.8 Gold USD 4,279.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru Tidak Ikhlas............

Adakah Anda setuju dengan pandangan itu?


  • Total voters
    0

Dobit127

Active+ Member
Messages
2,890
Joined
Oct 29, 2007
Messages
2,890
Reaction score
87
Points
45
Aku ada membaca di sebuah blog berkenaan tajuk di atas...

[Qoute]"Kerajaan janji nak kurangkan bebanan guru, tetapi tak nampak pun. Bertambah pula beban di bahu. Mana tindakan kementerian yang janji nak mengkaji beban guru? Sehingga kini senyap membisu. Jika dulu, tak adalah teruk sangat. Bila dah banyak sangat jawatan di sekolah, pengajaran dah tak penting lagi, sibuk memanjang. Pergi taklimatlah, kursuslah." - Guru Terasa Beban

Golongan tenaga pengajar sudah mula merunggut hari persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Semasa cuti, tak ada pula yang tampil untuk membebel secara umum. Sehingga ada sesetengah guru yang menghasut rakan sejawatannya sendiri untuk mengundi Pakatan Rakyat di PRU 13 kerana bakal Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim) menjanjikan elaun RM500 diberikan kepada guru jika mereka memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah.

Jabatan/Agensi kerajaan yang lain sama gred seperti guru lebih banyak buat tugas-tugas yang tiada kena menggena langsung dengan bidang tugas hakiki. Buat HRMIS, minit menyuarat, buat surat-surat draf RMK, cadangan untuk DASAR NEGARA dan sebagainya tetapi tugas-tugas pegawai hakiki tetap kena buat, belum masuk bab mesyuarat, laporan segera, menghadap YB/Menteri. Bukannya dapat elaun tanggung kerja pun.

Guru mula bertugas dari jam 8 pagi hingga 1 petang, jika ada aktiviti di waktu petang akan dilanjutkan sehingga 5 petang. Bukannya setiap hari ada aktiviti petang. Sabtu dan Ahad masih boleh melayan anak/isteri/suami. Sekali sekala turun bertugas pada hujung minggu apa salahnya? Apa salahnya ikhlas dalam melaksanakan kerja? Bukannya untuk warga asing, untuk masa depan anak-anak muda kita juga nanti. Tetapi kalau ada yang merungut, jelas sekali tiada keikhlasan jadi cikgu.

Memang diakui menjaga karenah pelajar tidak semudah yang dijangkakan tetapi menjaga karenah kakitangan bawahan lagi sukar dan terpaksa pula berhadapan dengan kakitangan yang malas datang kerja, lewat, asyik-asyik cuti bila di masa adanya majlis-majlis rasmi yang penting, ada yang suka tangguh kerja, balik sesuka hati, main facebook sepanjang masa bekerja dan pelbagai lagi masalah dalaman.

Kerjaya sebagai seorang pendidik adalah antara kerjaya yang paling menyeronokkan di Malaysia dari segi gaji dan masa bekerja. Guru bukannya bekerja sendiri, sudah adat bekerja 'makan gaji', haruslah bekerja mengikut arahan majikan selagi tugasan yang diberikan itu tidak menyalahi undang-undang/peraturan dan majikan memberikan arahan bukan ikut suka hati. Tidak dinafikan, adakalanya kita lihat pembahagian tugas tidak adil tugas tetapi pokok pangkalnya anda bekerja makan gaji dan kerajaan bayar dengan duit rakyat.

Apakah golongan guru yang membebel-bebel ini tidak tahu yang di luar sana berlambak-lambak orang nak jadi cikgu? Kalau nak kurangkan beban, apa kata kurangkan gaji guru yang banyak itu dan jawatan tetap guru diturunkan pada jawatan sambilan atau GSTT. Berani?

Sudahlah cuti mengalahkan orang lain, bersyukurlah di atas apa yang kerajaan bagi. Kakitangan swasta lagi teruk jika dibandingkan dengan guru. Shif siang dan malam tanpa henti dan gaji kecil, tak cukup lagi ke keistimewaan yang diberikan kepada guru selama ini? Elaun guru fardu ain dinaikkan dari RM500 ke RM800. Semasa diumumkan, suka bagai nak gila. Tetapi dulu mengajar 6 jam seminggu, tahun depan jadi 15 jam seminggu. Langsung tidak setimpal dengan kenaikan RM300.

Yang sepatutnya memainkan peranan utama dan penting bagi menyelesaikan permasalahan beban kerja guru adalah Kesatuan Guru sendiri. Para guru kena gerakkanlah Kesatuan Guru itu dan cabar mereka, jangan tidur. Ramai-ramai berpakat tulis surat kepada Kesatuan Guru minta mereka supaya ambil tindakan.

Tetapi masalahnya pula bukan ramai guru yang sudah mendaftar menjadi ahli Kesatuan Guru. Itulah sebabnya Kesatuan Guru jadi lembik, lemah. Cuba buat kajian di sekolah, ada berapa peratus guru yang sudah menjadi ahli Kesatuan Guru. Sepatutnya Kesatuan guru mesti aktif sebagai mana aktifnya parti politik. Ada perjuangan dan pastikan perjuangan tidak hangat-hangat tahi ayam saja.

Nasihat untuk guru-guru yang dikasihi, mana-mana di antara warga pendidik yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong merasakan kerjaya mereka semakin membebankan, sila letak jawatan. Beri laluan kepada mereka yang benar-benar berminat untuk menceburi kerjaya sebagai seorang guru.[Qoute/]

Itu pendapat blog berkenaan....Berikut adalah komen yang diberikan....terutamanya yang ini..........


param says:
Friday, 31 December, 2010

guru2 tak ikhlas ni dah lamaaaa bro...masa aku sekolah lagi...sekitar 1990 pun dah lagu tu jugak...
masuk kelas...baca paper...masuk kelas suruh ulangkaji dari muka surat berapa ke berapa je....kambing pun boleh jadi cikgu...

sebab tu sekarang banyak kambing jeruk jadi cikgu..kerja senang...gaji masyuk...cuti berlambak...

malah...budak2 lagi pandai dari cikgu...lagi2 speaking english..sebab tu cikgu banyak protes ppsmi...sebab dia MALU..ini hakikat..bini saya banyk rakan sekolah dia jadi cikgu....speaking fail..bila budak lagi pandai...di denda ngan macam2 cara ...pendek kata sengaja cari kesalahan...kononya kata mereka..budak tu buat mereka nampak *****...kuang kuang kuang...inilah hakikatnye guru2 sekolah sekarang...

kat tempat kerja aku pun ade sekor minah berenti..nak jadi cikgu katanye..kurang2 pun kerja gomen..alasan???cuti banyak...tak kena buang kerja...pencen dan best LOAN BANYAK...heheheheh....

sekor lagi sekarang dah jadi cikgu...classmate aku...ngaji kat u...tak cun pointer untuk bidang dia..last2 dia kata ambik bidang terjun...apa bidang tu???

jadi CIKGU lah..SAFE kata budak2 tu....bukan niat nak jadi cikgu dan tolong anak bangsa pun..sekadar bidang terjun je...

kerajaan berhentilah manjakan guru2 ni...dan pekerja gomen ni...dah melampau dah

ade sekor ustaz tu...mari sekolah tak ngajar...sibuk politik...denda budak2 yang kononya bapak mereka tak sealiran ngan fahaman politik dia,masa kerja jadi broker la..jadi kontarktor kelas F..ucker la...makan gaji buta,sekarang kaya raya hasil projek BN dan pas di kelate....

kira jadi cikgu tu part time..gaji tentu jalan....tak akan kena buang kerja..very SAFE...sampai boleh campak je masa depan budak2...haishhhh


So, apa pandangan anda....
 
saya setuju dan juga tidak setuju :)
 
kalau para guru2 nak keje lebih ringan,undilah PR
 
istilah guru adalah org yng mengajar....aku pon guru gak...:D

guru bkn semata2 sekolah atau U,poli ker U...

jadi term apa istilah guru nie sbnnarnya?..
 
satu lagi thread hentam guru...

banyak sangat kerja orang yang hentam guru ni yer sampai boleh fikir perkara lain...

hakikatnya simple, guru hanya mengikut arahan...kalau korang bagi kerja, merungut tu biasa, tapi kerja siap gak...

tapi jangan salahkan guru kalau perhatian hanya dapat diberi pada kerja2 paperwork tu, dan bukannya pada yang sepatutnya diberi iaitu anak murid...nak bagi kerja banyak lagi kat cikgu kan...bagi la...
 
Last edited:
ala...cikgu ni..banyak komplen plak....ntah ape susah ngajar subjek yg sentiase berulang tiap2 thn.....nk kate buat invention xde la plak...ish...ish..ish
 
satu lagi thread hentam guru...

banyak sangat kerja orang yang hentam guru ni yer sampai boleh fikir perkara lain...

hakikatnya simple, guru hanya mengikut arahan...kalau korang bagi kerja, merungut tu biasa, tapi kerja siap gak...

tapi jangan salahkan guru kalau perhatian hanya dapat diberi pada kerja2 paperwork tu, dan bukannya pada yang sepatutnya diberi iaitu anak murid...nak bagi kerja banyak lagi kat cikgu kan...bagi la...
Ini bukan thread hentam guru...

Sebab yang buka thread ni pon seorang guru.. cuma nak minta pandangan tuan/puan semua di CG berkenaan tajuk berkenaan.. Sampai di tulis blog agak popular....

So, ap pandangan anda....sila poll di atas....
 
thread bab guru ni dah berlambak dah.jawapan dari forumer same je.bersyukur.tak bersyukur.keje swasta lagi teruk.ayat same je.maleh aku nk join.
 
Back
Top
Log in Register