sfauzie
Active+ Member
- Messages
- 3,791
- Joined
- Dec 8, 2007
- Messages
- 3,791
- Reaction score
- 10
- Points
- 25
setakat cabaran mengajar x heran, mendidik?? mcm mana? Plg mencabar berdepan dengan ancaman maut..budak2 berkejar, bergaduh dengan parang panjang x sampai satu meter dari tpt kita berdiri?? kerja apa yg berdepan ancaman mcm ni?
Aku respek statement kau ni jika kau seorang guru...tentunya anda seorang guru yang hebat dan dah boleh jadi SIFU kepada guru-guru lain...guru yang berjaya menyerap segala tekanan ibarat span yang boleh menyerap apa saja jenis cecair...
Tapi jika anda bukan seorang guru...anda harus paham definisi cabaran mengikut skop sesuatu kerja...sudah tentulah cabaran ancaman maut tu lebih kepada anggota keselamatan...tak kan cikgu lak nak ambil alih kejar atau tangkap penyamun yang ada parang atau pistol bila nampak ada rompakan...cabaran cikgu pulak mestilah dalam skop kerja mereka...murid susah nak diajar,murid terlampau cerdik,karenah ibubapa,karenah ppd,jpn,kpm,target untuk mencapai sasaran kualiti dan kuantiti dan banyak lagi...itu namanya cabaran dlm mengajar @ mendidik kerana dlm satu masa cikgu kena buat kerja2 lain...bukan 80% - 100% mengajar dlm kelas mcm cikgu dulu....

