BTC USD 84,484.3 Gold USD 4,271.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gambar Keris Taming Sari

keristaming.jpg


Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.

Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak.

sumber : keris-Alat-Alat Kebesaran Negeri Perak

adakah ini adalah gambar sebenar keris taming sari? :-?

ye btol..inilah taming sari yg amat popular itu...
last sekali pemiliknya adalah sultan perak tak silap...

lepas tu ianya disorok sbb dgr ura ura satu rombongan laksamana dr tanah indon nak dtg declare perang dan cari keris ni smpai jumpe...dan laksamana semua tu bkn sembarangan org la..semua kebal,boleh hilang,tok moh dan bukan islam..

hihihihihi..
itu cerita yg aku dpt melalui interview dgn satu pak tua di pulau besar yg mengaku dirinya keturunan ke11 hang tuaH..siap tunjuk aku salasilah keturunan dia dan makan2 yg berkenaan sebagai bukti ikatan merekA..
 
ramai sangat yg claim ade simpan keris taming sari nih.
biasa keris2 yg dipegang raja/sultan ni keris2 kebesaran dari turun-temurun.

bukan keris utk berlawan.
setau aku le.


KERIS UTK SULTAN / AGUNG / RAJA NIE ada macam2 keris...

antaranya :

1. Keris Pertabalan...kepada siapa keris ini diserahkan & diwasiatkan..dialah yg akan menyandang status tertinggi dlm istana mengambil alih jawatan tuan punye yg serahkan keris...
contoh : sultan beri ke putera mahkota atau raja muda
Sinopsis : keris jenis ini selalunya indah dan dihiasi pelbagai batu permata yg amat mahal dan rare..keris ini jarang sekali diguba..hanya sebagai simbolik penyerahan kuasa dan umurnya ada yg menjangkau ribuan tahun kerana ianya adalah keris turun temurun kerabat

2. Keris Hukuman...keris jenis ini adalah milik pemilik kuasa pd era itu..contohnya sultan..jika ada persidangan kehakiman utk menjatuhkan hukuman dan mengadili kesalahan yg dilalukan pembesar & rakyat..keris ini yg akan dibawa oleh sultan masuk kedalam balai mahkamah...jika disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati...maka keris ini sultan serahkan kpd algojo / hulubalang utk melaksanakan hukuman tersebut depan mata sultan...
Sinopsis : keris ini amatlah panjang..ada yg mencapai 4 5 kaki panjangnye dan biasa melebihi 9 luk..tujuannya adalah untuk ditikan dicelah leher antara tulang bahu supaya mencapai organ2 penting dalaman pesalah yg dihukum..maka fatal dead la sape yg kene cucuk dgn keris tu..algojo akan tikam dr belakang sambil pesalah duduk berlutut menghadap sultan dan al quran

3. Keris Pemberian..keris ini adalah sebagai simbol keakraban dua kerajaan...contoh mcm keris taming sari...ianya bukanlah keris Hang Tuah secara rasmi..tetapi keris sultan melaka yg diamanahkan kpd tuah utk menjawat jwatan laksamana (ketua segala hulubalang dlm istana)
keris ini biasanya adalah bersifat keris kependekaran dan mempunyai pelbagai ilmu2 tambahan seperti kebal umum,terbang sendiri,ghaib..dan sebagainya..sesuai dgn sipemakainya ykni temenggong & laksamana...selain keris taming sari..ade berpuluh lagi keris yg sebenarnya sama taraf dgn taming sari yg disimpan oleh pembesar pembesar istana hingga hari ini..contohnya keris daya bumi milik Megat Panji Alam (terengganu)...

4. Keris Pemujaan & istiadat..keris ini pun ada disemua istana malaysia nie..tp fungsi keris ini hanya utk diiringi oleh pembesar pembesar istiadat masa perarakan dan pertabalan sultan baru...sultan sendiri pun x pernah pegang keris ni..
keris ni biasa nya besar..dan ketua2 pertabalan letakkan diatas bahu dan dibawa mengiringi sultan naik singgahsana semasa pertabalan...keris ini sebagai pelengkap utk permainan NOBAT ISTANA...

5. Keris Rampasan...keris ini adalah hasil rampasan oleh laksamana istana dan diserahkan kpd sultan mereka..dirampas dr lanun2 atau hulubalang lain yg berjaya dibunuh...selalunya keris ni mmg popular dan mmg dicari oleh sultan2 dulu..kira mcm collector la..ada sultan yg guna keris ni smpai skrg..ada sultan yg just simpan buat koleksi..

dr topik nie...sy brani kata..gambar tersebut adalah the real taming sari...mcm man smpai kat tgn sultan perak tidaklah siapa tahu..tp sumber2 sah mmg mengiyakan itulah taming sari...

gila apa sultan pakai replika atau brg tiruan..padahal keris itulah simbol plg utama sultan sebagai sultan diatas singgahsana..

agak agak la statement kemelayuan tu bro..
hihihihihi..

kalau Perdana menteri pun x pakai Suit cap ayam atau kasut bata..x kan sultan pakai keris yg x setaraf dgn status dia


P/S : secara amnya..semua sultan termasuk brunei & indonesia & mataram...mempunyai sekurang2nya 10 bilah keris eksklusif yg mempunyai nilai sejarah yg amat tinggi dan berumur melebihi ribuan tahun...terpulang pd sultan tu la nak tayang pd umum atau nak pakai ke atau nak simpan je dlm istana...tp itulah hakikatnya...semua benda eksklusif dulu2 adalah kepunyaan istana bukan negara atau rakyat
 
Last edited:
ye btol..inilah taming sari yg amat popular itu...
last sekali pemiliknya adalah sultan perak tak silap...

lepas tu ianya disorok sbb dgr ura ura satu rombongan laksamana dr tanah indon nak dtg declare perang dan cari keris ni smpai jumpe...dan laksamana semua tu bkn sembarangan org la..semua kebal,boleh hilang,tok moh dan bukan islam..

hihihihihi..
itu cerita yg aku dpt melalui interview dgn satu pak tua di pulau besar yg mengaku dirinya keturunan ke11 hang tuaH..siap tunjuk aku salasilah keturunan dia dan makan2 yg berkenaan sebagai bukti ikatan merekA..

ko dah interview tak sultan melaka .. :eek::eek::eek:

images
 
Inikah keris taming sari yang jadi lagenda tu. Macam tak percaya la pulak
 
dr topik nie...sy brani kata..gambar tersebut adalah the real taming sari...mcm man smpai kat tgn sultan perak tidaklah siapa tahu..tp sumber2 sah mmg mengiyakan itulah taming sari...

gila apa sultan pakai replika atau brg tiruan..padahal keris itulah simbol plg utama sultan sebagai sultan diatas singgahsana..

agak agak la statement kemelayuan tu bro..
hihihihihi..

kalau Perdana menteri pun x pakai Suit cap ayam atau kasut bata..x kan sultan pakai keris yg x setaraf dgn status dia

abis kalau sultan nye pun sultan palsu ape cerite bro?:))
 
bukan calang2 orang boleh pegang keris taming sari bro...

camana la korang leh percaya dgn nukilan tun sri lanang tu.hang tuah? taming sari? kebal umum? leh hilang? kalau pun betul sejarah hang tuah tu,sanggup ke korang menyamakan dia dgn iblis? sdgkan nabi kita xpenah di gambarkan memiliki kehebatan sebegitu...patah gigi nabi masa perang,xingat? xtau?

apa istimewanya hang tuah sampai ade yg melebih2kan melebihi nabi? malah ada yg kata hang tuah tu nabi khidir lah,tok wali lah tanpa usul periksa...anggap ajelah tu semua mitos yg menyesatkan...
 
Back
Top
Log in Register