TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Ibni Al-Marhum Sultan Sulaiman Sharifuddin Syah (1899-1902) Raja Patani terakhir
Tengku Mahmood Mahyiddeen ibni Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, waris Raja Patani terakhir
Tengku Abdul Mutallib ibni Tengku Abdul Kader, Raja Teluban @ Selindung Bayu (Saiburi)
Tengku Abdul Jalal ibni Tengku Abdul Mutallib, waris Raja Teluban terakhir
Engku Sulaiman bin Engku Soleh, Raja Yala Terakhir
Tengku Ngah Shamsuddin, Raja Legeh @ Ra-ngae terakhir
Tengku Wook Tengku Long Puteh, Raja Yaring (1852 – 1918)
Tuan Lebeh Long Raya (1899-1902), Raja Reman terakhir
Raja Nong Chik terakhir (1894-1944)
Tunku Baharuddin bin Ku Meh, Raja Setul terakhir, 1902
1. Seandainya Singgora dan Patani tidak berperang sesama sendiri sebaliknya berpadu usaha dan bekerjasama untuk menentang musuh sebenar yang sama iaitu Siam (Ayutthaya), mungkin Negeri Melayu Singgora masih lagi dapat wujud sehingga penghujung abad ke-19.
2. Mungkin daerah Tiba, Chenok, Nawi dan Sebayu juga tidak akan ditawan oleh Siam di Singgora dan kemudiannya diasingkan daripada Negeri Patani pada tahun 1786.
3. Seterusnya mungkin Patani tidak akan dipecah-pecahkan oleh Siam menjadi tujuh (7) buah negeri-negeri kecil pada tahun 1817 bagi tujuan melemahkannya.
4. Mungkin daerah Tabal masih kekal menjadi sebahagian daripada Negeri Kelantan pada hari ini.
5. Selanjutnya mungkin Negeri Kedah juga tidak dapat dipecah-belahkan oleh Siam, manakala Setul, pulau Terutau serta daerah Sendawa (sebahagian daripada wilayah Negeri Kubang Pasu) masih kekal menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.
6. Jika sahaja semua Negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu, dari selatan hingga ke utara bersekutu menjadi satu kuasa selepas kejatuhan Melaka, nescaya kuasa Siam dan Burma di belah atas bisa kita tandingi.
7. Tetapi nasi telah menjadi bubur, yang dapat dibuat hanyalah mengambil teladan berdasarkan sejarah yang telah pun berlalu..