BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tembok misteri 122 m ditemukan di bawah laut di Perancis

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201

14126188433304821-353752.jpg

14126188433304821-353753.jpg


Tembok misteri 122 m ditemukan di bawah laut di Perancis

AFP

PARIS: Penyelam menemui tembok berusia kira-kira 7,000 tahun tenggelam di laut berhampiran barat Perancis, menurut saintis pada Khamis lalu.

Tembok sepanjang hampir 122 meter (m) itu ditemukan di luar Ile de Sein, Brittany, negara itu, bersama lebih sedozen struktur buatan manusia yang lebih kecil dari tempoh sama.

Profesor Arkeologi di Universiti Brittany Barat, Yvan Pailler berkata, penemuan itu membuka prospek baharu bagi arkeologi bawah laut dan membantu memahami organisasi masyarakat pesisir.

Beliau turut menulis kajian mengenai penemuan itu, yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Arkeologi Nautika.


Menurut BBC News, tembok itu adalah binaan bawah laut terbesar yang pernah ditemukan di Perancis.

Penyelam menjelajah tapak antara 2022 dan 2024 dan mengesahkan kehadiran struktur granit berkenaan.

Struktur berusia antara 5,800 hingga 5,300 Sebelum Masihi (SM), terletak sembilan m di bawah laut dan dibina pada masa paras laut jauh lebih rendah berbanding sekarang.

Penyelidik percaya, struktur itu mungkin perangkap ikan di pesisiran atau tembok untuk melindungi daripada kenaikan air laut.

Sementara itu, kajian menyatakan, struktur ini menunjukkan kemahiran teknikal dan organisasi sosial yang mencukupi untuk mengekstrak, menggerakkan dan mendirikan blok seberat beberapa tan, serupa dengan batu prasejarah yang terkenal di Brittany (megalit Breton).

Kemahiran teknikal ini wujud beberapa abad sebelum binaan megalit pertama.

Kajian turut menyebut, tapak ini mungkin menjadi asal usul legenda penduduk Brittany mengenai bandar tenggelam Ys di Teluk Douarnenez.

Penemuan berlaku enam bulan selepas ahli arkeologi menemui tinggalan kapal perdagangan abad ke-16 lebih 1.5 batu (2,414 m) di bawah laut selatan Perancis. - AGENSI

Artikel : Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register