BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info dan gambar lama sekitar dalam malaysia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
6239963805048226408_120.jpg


Mengimbau kenangan lama .
Sekitar Tahun 1970 an dan 1980 an .
Bas Stand lama Batu Pahat , Johor .

Bas Coastal dulu dulu di sebelah hujung .

Pengalaman yang menyeronok kan semasa menaik Bas Coastal dari Rengit ke Batu Pahat dari Bandar Batu pahat balik semula ke Rengit semasa zaman kanak kanak dan remaja .

Tingkap ada penyepit kiri kanan .

Jika sewaktu hujan tingkap di naik kan ke atas tetapi kalau Lost penyepit nya tingkap akan jatuh ke bawah semasa menutup nya untuk mengelak kan dari tempias hari hujan memasuki dalam bas atau tempias nya mengenai orang yang duduk di sebelah tepi atau yang berhampiran dengan nya kena beralih tempat duduk he he 😁😁.

Loceng ada 2 jenis tepi dinding dekat bumbung dan satu lagi dekat bumbung atas atau perut bas .
Di Sebabkan saya pendek atau kecil jadi masa nak tekan loceng bas kena naik atas bangku sambil buka kasut he he 😁😁 atau minta penumpang lain tekan kan .

Tekan loceng ini bermasalah juga bila di tekan tekan , loceng tak berbunyi peer..merah padam muka menahan rasa malu 🫣🫣 hi hi tapi penumpang penumpang lain ada yang perihatin cepat cepat tolong tekan kan loceng di tempat lain .

Terima Kasih kepada penumpang penumpang bas yang tolong tekan kan loceng .

Ada masa juga yang kita kena minta penumpang lain tekan kan loceng sebab kadang kala penumpang pun tak berapa perasan atau sibuk dengan urusan masing masing di dalam bas .

Selain dari terpaksa penumpang penumpang yang menjerit meminta driver bas berhentikan bas dan ada masa tukang tiket akan ketuk dinding bas atau besi tiang bas sebagai isyarat untuk driver bas memberhentikan bas kerana ada penumpang hendak turun .

Yang lucu dan kelakar nya 😂🤣 bila berhimpit himpit dan bersesak sesak dalam bas bila hendak turun masa tu lah kasut atau selipar tertanggal atau tertinggal sebelah di celah celah penumpang yang ramai .

Selain dari bag berisi barangan yang di beli tersangkut di celah celah penumpang he he 😁😁.

Kalau naik bas dari Bandar Batu Pahat Berebut rebut nak naik cepat takut tak dapat tempat duduk .

Zaman dulu dulu kalau musim perayaan lebih lebih lagi menjelang hendak hari raya puasa ketika 2 ke 3 hari bulan puasa hendak berakhir kerana hendak menyambut bulan Syawal yang mulia peer..berebut berebut dan berasak asak serta bertolak tolak hendak menaiki bas takut tak ada tempat duduk .


Ha ha ha ha 😂🤣 bermacam macam ragam tenguk aksi aksi orang yang naik bas .
Dulu famous bag kertas isi baju kurung atau baju melayu atau isi kain dan juga pakaian .
Mahu tak rabak bag kertas tu he he 😁😁 dengan aksi tolak menolak siku menyiku tapi bukan siku macam wrestling tu ini siku nak berebut tempat duduk , berebut nak pegang tepi besi tangga untuk naik ke dalam bas ha ha ha ha 🤣😂 kadang kadang sampai terpijak kasut dan kaki penumpang penumpang lain opp..sorry,sorry maaf ! maaf !
tetapi penumpang penumpang pun faham , yang boleh ketawa , ketawa lah , yang senyum , senyumlah , yang terjerit kecil aduh sakit .
Semua nya itu menimbulkan suasana di waktu berebut rebut nak naik bas termasuk yang tersepit , terhimpit di tepi besi pemegang , yang berdiri di pintu bas dan yang berdiri di anak anak tangga bas pun ada meninggalkan kenangan dan nostoligia yang akan membuat kan terimbau kenangan lama bila ' Suka Tengok Bas ' .

Bagi penumpang yang tinggi semasa berdiri dan berhimpit himpit sebab bas penuh boleh lah memegang palang besi di atas sebagai pemegang untuk menahan diri dari terjatuh atau semasa bas melalui selekoh lebih lebih lagi di jalan Tanjong Laboh sehingga naik turun bukit ke Bukit Kelicap dan menuruni Bukit Kelicap di Batu 21 sambil bas menuruni Selekoh dan naik semula bukit untuk menuju ke Batu Pahat atau balik Ke Rengit

Kalau Bas tak ramai penumpang duduk belakang bila bas lalu di selekoh boleh tersungkur kita di buat nya sebab duduk belakang kalau berada di tengah tengah tempat duduk jauh dari besi palang tempat duduk penumpang atau papan bas tempat duduk penumpang .
Pengalaman tu semua nya saya alami semasa menaiki bas Coastal dari Rengit Ke Bandar Batu Pahat sekitar tahun 1970 an .
luka dan sedikit calar di lutut dan di siku saya tetapi Seronok he he
😁😁 boleh ketawa lagi .

Satu lagi kalau naik bas tak tahan semasa apek yang suka hisap cerut duduk di hadapan kita , kita yang duduk belakang kena tutup hidung 😂🤣 ha ha sebab tak tahan bau asap cerut .

Kalau naik bas tak sah , tak bawa plastik kecil warna putih yang muat muat muka atau mulut , 🤣😂 dulu dulu naik bas Kan nak terkeluar segala isi perut segala khazanah purba emas , intan , permata , nilam dan zamrud yang ibarat tersimpan dalam peti purba di dalam gua harta karun di pulau terpencil he he 😁😁 .

Rasa nya sudah terlalu panjang saya mengimbau kenangan lama 'Suka Tengok Bas ' .
Banyak lagi yang hendak di ceritakan tetapi cukup lah setakat ini sahaja .

Pasti Bagi Kesemua Penumpang penumpang Bas banyak kenangan suka duka pahit manis dan sebagai nya semasa menaiki bas yang tinggal di memori lipatan sejarah mengenang kembali menaiki bas dan Suka Tengok Bas .

Boleh kongsi di mana mana tempat , pekan ,daerah , kampung kampung terpencil , desa desa nan permai serta pinggiran juga di Bandar bandar Besar semasa menunggu bas , menaiki bas , berada di dalam bas dan di Stesyen stesyen bas serta di terminal bas satu masa dahulu .
 
Old Station Bus, Kota Kinabalu year 1980s; located either at Jalan Tugu or Jalan Dua Puluh, Kota Kinabalu;

Use a picture; It’s worth a thousand words; KODAK Lens Malaysia

Kredit owner


6253777055527321856_120.jpg

6253777055527321857_120.jpg
 
6253777055527322159_120.jpg


Gambar menunjukkan Perhentian Bas Muar era 1970an — juga dikenali sebagai Tangga Batu kerana wujudnya tangga batu bot penambang milik Syarikat Penambang Muar. Kelihatan bas milik Syarikat Lian Hoe Omnibus Sdn.Bhd dan bas lainnya perkhidmatan beca roda tiga yang dipanggil teksi serta perhentian teksi dan kereta sewa.

Kredit gambar kepada pemiliknya.
 
Syarikat Bas Lian Hoe, Muar, Johor.

Syarikat bas Ini menyediakan perkhidmatan dalam bandaran dan antara daerah Muar dan Batu Pahat pada era 1950an, mungkin lebih awal dari tahun tersebut.

Gambar menunjukkan bas sedang di pakir di kawasan Stesyen Bas Jalan Maharani pada tahun 1956.


Kredit kepada pemilik gambar ini.

6255599629194346576_121.jpg

6255599629194346578_121.jpg

6255599629194346577_121.jpg
 
6262422073074892152_120.jpg


MELAKA MARI - M.O.S

Orang lama Melaka pasti kenal dengan nama syarikat bas ini.

MOS adalah singkatan nama MALACCA OMNIBUS SERVICE dan sekarang tidak beropeasi lagi.

Laluan utama mereka adalah Melaka-Muar, Melaka-Jasin-Tangkak. Juga ada ke Asahan dan Nyalas.

Bas kontot atau kecil jenis Seddon ini adalah untuk perkhidmatan dalam bandar saja.

Foto dipetik dari era 50an.

#sukabaslama
 
Era 2005 -2015...mengamit kenangan...skrg yg broperasi cuma ss international n kkkl..yg lain ada yg tutup laluan n tutup operasi terus..😥😥😥

#sukaTengokBas

6264673872888577282_120.jpg

6264673872888577280_120.jpg

6264673872888577281_120.jpg

6264673872888577283_120.jpg

6264673872888577285_120.jpg

6264673872888577284_120.jpg

6264673872888577286_120.jpg
 
6269216414984421905_121.jpg


2 UTC di stesyen bas Butterworth, Penang.

Kedua2 syarikat bas ini yg beroperasi di Butterworth memakai jenama UTC tapi punyai nama penuh yg berlainan.

UTC Penang nama panjang dia adalah THE UNITED TRACTION CO. juga dipanggil bas hijau.

UTC Kedah pula nama panjangnya adalah THE UNITED TRANSPORT CO. atau bas merah.

Menariknya kedua2 UTC menjalankan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth ke Alor Star.

Foto dari era 70an.

#SukaTengokBas
 
6269216414984422042_120.jpg


SKN ekspres....beroperasi pertengahan 90an....bas plet NAG pernah bekhidmat dari b.pahat-seremban.....sedap masa tu bas baru lagi....muncul pn x lama sekitar 2-3tahun rasanya

#negerisemblian
#seremban
#Zalfie's Plat's
 
(1975) Sejarah Bas Mini mula beroperasi di pelbagai laluan sekitar Kuala Lumpur serta Lembah Klang pada 23 September 1975. Bas Mini kebiasaannya dilengkapi dengan 20 hingga 30 tempat duduk dan tidak memiliki jadual perjalanan yang tetap. Bas-bas berkenaan dicat dengan warna asas merah jambu berserta jalur putih pada bahagian tepi. Tetapi, ada juga yang dicat warna lain seperti biru-putih, kuning-putih, merah-putih, ungu-putih dan hijau tua-putih, berpandukan laluan bas masing-masing.

Perkhidmatan Bas Mini dijalankan berasaskan komisen dan pengusaha perkhidmatan akan dibayar mengikut jumlah kutipan tambang. Siapa sangka, individu paling sibuk sebenarnya ialah 'konduktor' bas. Dengan papan tiket di tangan, konduktor akan bertanya "siapa belum bayar?" "turun mana?" Duit kecil juga kena disediakan siap-siap untuk naik Bas Mini. Bila nak turun tu, konduktor akan berkata "tunjuk tiket". Muka garang, tapi hati baik siapa tahu.

Tambang memang murah, ada yang semurah 50-60 sen sahaja, tapi padat macam sardin. Walaupun dah penuh, pemandu masih berhenti untuk mengambil penumpang. Bas Mini nombor 55 adalah antara nombor Bas Mini yang terkenal kerana melibatkan laluan Pantai Dalam, Brickfields, 'Bus Stand Klang', Kota Raya, Chow Kit serta Globe (ketika itu, Pasaraya Globe Silk Store). Bagaimanapun, perkhidmatan Bas Mini telah dihentikan pada 1 Julai 1998 kerana perkhidmatan bas henti-henti yang lebih moden dan selesa telah mendapat sambutan ramai penumpang.

#FoIMPAK
#BasMini
#Nostalgia90an
#MohdRusydanMohamad

6269216414984422056_121.jpg

6269216414984422055_120.jpg

6269216414984422058_120.jpg

6269216414984422059_109.jpg

6269216414984422057_121.jpg

6269216414984422054_120.jpg

6269216414984422061_120.jpg

6269216414984422060_120.jpg

6269216414984422062_120.jpg

6269216414984422063_109.jpg


6269216414984422064_120.jpg

6269216414984422065_120.jpg

6269216414984422066_120.jpg

6269216414984422067_121.jpg

6269216414984422069_120.jpg

6269216414984422068_120.jpg

6269216414984422071_120.jpg

6269216414984422070_120.jpg

6269216414984422072_120.jpg
 
6269216414984422201_120.jpg


Stesyen bas Sum Kajang ,foto sekitar tahun 1986 .

#kajang
#selangor
#kualalumpur
#Zalfie'sPlat's
 
Back
Top
Log in Register