BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info dan gambar lama sekitar dalam malaysia

6077671035475443667_120.jpg


Trafik Light pertama di Kuala Lumpur 1950
kelihatan orang ramai tengah tengok bagaimana ianya beroperasi. Tapi sampai sekarang ramai yang masih tidak faham apa makna lampu merah.

kredit:Mk Bo
 
6077671035475443707_120.jpg


Penjara dan seorang tahanan di Aceh. Foto ini merupakan koleksi dari Majoor K. Van der Maaten pada tahun 1900.

Sumber : KITLV (Museum Universiteit Leiden)
Judul Asli : Gekooide Atjehse gevangene in Atjeh
Mark : KITLV 53396
Created : 1900 Aceh

Sumber
 
PERHENTIAN BAS KLANG

Jantung Kuala Lumpur pada tahun 1980, di mana Perhentian Bas Klang yang ikonik menjadi pintu masuk yang sibuk untuk penumpang di Lembah Klang. Beroperasi sejak tahun 1970-an, mercu tanda tiga tingkat ini (dahulunya dikenali sebagai Pasarama Kota) bukan sekadar hab pengangkutan — ia merupakan titik pertemuan yang meriah, di mana orang ramai daripada semua lapisan masyarakat berkumpul.

Kenangan betul siapa yang lalui zaman ni.

#Bernama

6077671035475443898_121.jpg

6077671035475443900_121.jpg

6077671035475443899_121.jpg
 
6089303825547641995_121.jpg


MITOS YANG SANGAT DIPERCAYAI OLEH
KANAK-KANAK ZAMAN 80AN

1) Bila tengah rancak berborak dengan kawan, tiba-tiba semua diam serentak. Kami percaya bahawa ada malaikat lalu.

2) Bila buat kapal terbang kertas, untuk bagi dia terbang tinggi dan laju, kami percaya dengan gulungkan sayap kiri kanan pakai pensil dan tiup sebelum diterbangkan dapat membantu.

3) Bila tiup sharpener lepas asah pensel kami percaya sharpener tu jadi tumpul.

4) Bila asah pensel dari belakang kami percaya nanti mak meninggal.

5) Bila tunjuk pelangi dengan jari, kami percaya jari akan kudung.

6) Bila ada kawan salam dengan kita dan tiba-tiba dia cakap "aku nikahkan dikau dengan...." kami akan cepat-cepat tarik tangan sebab kami percaya bila ada kawan lain cakap "sah" kami dah sah berkahwin.

7) Bila ada pokok pisang, kami percaya mesti ada hantu

8)Bila bergayut dekat public phone, tekan # * serentak kami percaya akan dapat cakap free dan kadang-kadang perbualan kami kena crossline iaitu kami boleh dengar perbualan orang lain.

9) Bila ambik gambar kami di larang ambik bertiga kerana kami percaya orang yang tengah-tengah akan mati dulu.

10) Bila tengok Wrestling kami betul-betul percaya yang Undertaker tu mayat hidup dan Kane tu adik dia. Kami percaya jugak Kane pakai topeng sebab muka dia terbakar.

11) Bila kami nak tinggal barang sebut je "Alif Lam Lam Ha, sape curik dosa besar!"


Sumber ➡️ Media sosial
 
Antara suasana yang boleh dilihat adalah merewang, memasak bersama, mencuci pinggan mangkuk, pertunjukkan silat, dan bermacam lagi. Tak lupa menggunakan dulang untuk menghidangkan makanan seperti lauk pauk yang pelbagai. Silaturrahim pun mas ani erat sbb makan sedulang bersama walaupun tak pernah kenal kan.

Kini budaya makan dulang tu semakin terhakis dan kebanyakkan memilih untuk menggunakan cara buffet. Tetamu jemputan yang perlu ambil sendiri lauk dan makanan kemudian makan dia meja yang tersedia. Apapun perubahan masa dan cara, jadikanlah majlis kenduri seperti ini sebagai tempat pertemuan melestarikan ukhuwah dan persaudaraan sesama kita untuk hidup dalam keadaan bermuafakat dan aman damai.

#MajlisKenduriPerkahwinan
#AdatMelayu

kredit Jagat Impak

6093393536356566008_121.jpg

6093393536356566009_121.jpg

6093393536356566012_121.jpg

6093393536356566010_121.jpg

6093393536356566011_121.jpg

6093393536356566013_121.jpg

6093393536356566014_121.jpg

6093393536356566016_121.jpg

6093393536356566015_121.jpg

6093393536356566017_121.jpg


6093393536356566018_121.jpg

6093393536356566020_121.jpg

6093393536356566021_121.jpg

6093393536356566019_121.jpg

6093393536356566023_121.jpg

6093393536356566025_121.jpg

6093393536356566024_121.jpg

6093393536356566022_121.jpg

6093393536356566026_121.jpg

6093393536356566027_121.jpg
 


Video kredit ➡️ Pusat Agro Pelancongan Selama
 
6206277989998641628_120.jpg

6206277989998641627_120.jpg

6206277989998641626_120.jpg

6206277989998641629_120.jpg

6206277989998641630_120.jpg

6206277989998641631_120.jpg

6206277989998641633_120.jpg

6206277989998641632_120.jpg

6206277989998641632_120.jpg

6206277989998641634_120.jpg


#RamadanTiba ‘Throwback’ - dari mengambil bubur hinggalah kesibukan membeli-belah di Bazar Ramadan Geylang Serai dan Bussorah Street.

📷: Arkib The Straits Times

Kredit ➡️ Berita Harian Singapura
 
Back
Top
Log in Register