BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info dan gambar lama sekitar dalam malaysia

Jenama Alfa Romeo ini hanya tinggal kenangan sahaja di Malaysia apabila Sime Darby Auto Italia (SDAI) memberhentikan penjualannya pada tahun 2013. Sebelum itu, Alfa Romeo dijual secara rasmi Kumpulan City Group pada tahun 70an, kemudian Milan Auto pada tahun 90an.

#FoIMPAK
#AlfaRomeo
#KeretaPerondaPolis

Sumber: WAP Car


6269091311177024247_109.jpg

6269091311177024248_120.jpg

6269091311177024251_120.jpg

6269091311177024253_120.jpg

6269091311177024250_120.jpg

6269091311177024255_120.jpg

6269091311177024252_120.jpg

6269091311177024254_120.jpg

6269091311177024249_121.jpg
 
Last edited by a moderator:
6271343110990709480_121.jpg


NOSTALGIA 1953.
Foto dari tahun 1953 dimana kelihatan bas 2 tingkat GTC atau General Transport Company sedang melalui Ampang Road.

"No jam" komen penulis ini kerana era tersebut memang KL tak jam kerana kenderaan tak banyak lagi.

Kelihatan juga kawasan keliling yg penuh dgn pokok kerana ketika itu 70% dipenuhi dgn pokok dan suhu pun agak sejuk terutama berhampiran Bukit Nenas.

Kredit pemilik asal.
 
Perhentian bas di hadapan Pejabat Pos Besar Johor Bahru dan bangunan pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru sekitar tahun 1990an. Kelihatan begitu meriah suasana ketika itu.
Di hadapan bas Alec diikuti dgn bas T Hakkim, bas Maju dan belakang sekali bas Alec.
Pada zaman tu lokasi ini adalah tempat remaja berjumpa. Yg pernah ‘dating’ kat sini pastinya dah jadi Remaja Purba sekarang ni.
Pasti anda ada kenangan di tempat ini apabila melihat suasana dalam gambar ini.


6273818287758491814_121.jpg
 
6273818287758492066_120.jpg


Bas Bakti perjalanan JB-Kulai-Bandar Tenggara-Kluang,Bakti ada juga bas express yg tingkapnya macam tingkap kapal terbang.
Foto stesen bas Jln Trus JB tahun 90an.
 
6271566487944806870_121.jpg


Bas Singapore Johore Express
jenis Vulcan.
Sekitar tahun 1960an.
Kredit info Causeway Centennial
 
6278252287440832389_120.jpg


BAS RIDA.

RIDA adalah singkatan dari RURAL & INDUSTRIAL DEVELOPMENT AUTHORITY. Agensi kerajaan ini ditubuhkan olih Pemerintah British pada tahun 1953 iaitu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Tujuan agensi ini adalah untuk memajukan industri kampung dalam kawasan2 pekan dan desa terpencil seluruh negara.

Selepas Merdeka agensi ini juga menyediakan perkhidmatan bas dikawasan2 kampong yg tiada kemudahan bas biasa.

Bila kerajaan melaksanakan tanah rancangan seperti Felda, RIDA juga turut serta menyediakan perkhidmatan bas ini di kawasan rancangan yg tiada perkhidmatan bas.

Bila RIDA ditukar nama pada MARA (Majlis Amanah Rakyat) pada tahun 1966 bas RIDA pun bertukar nama menjadi bas MARA.

Kebanyakan bas RIDA atau MARA bersaiz kecil sesuai dengan keperluan masa itu kerana penggunanya tidaklah ramai sangat.

Model popular yg digunakan ketika itu adalah jenis SEDDON, MERCEDES BENZ dan LEYLAND dan warna bas (livery) kebanyakan berwarna merah dan sejumlah kecil dalam warna biru.

Foto dibawah dgn plet TA 2076 adalah Kenderaan Bas RIDA Kuala Terengganu.

#SukaTengokBas
 
Then & Now (1980s vs 2024)
Capitol Cinema, JB
#柔佛新山金都戏院
Credit: Kelvin Lee

The Royal Theatre , JB, ( 皇宫戏院 ) originally located on Station Road, was renamed the Capitol Cinema ( 首都戏院 ) after being leased by Singapore's Kong Ngee Co in the post-war period. It became known for screening Cantonese films, though it also occasionally showed English and Indian films.

After the Capitol Cinema was demolished in 1972, the site was redeveloped into Merlin Tower. Following this, Johor Bahru's first cinema inside a mall, the Capitol Cinema ( 金都戏院 ), opened its doors on 15 June 1978. Its grand opening featured a month-long run of Chinese musical film "Liu San Jie" (刘三姐), which was a major success, drawing full houses and becoming a memorable event in the city.

Jalan Station / Jalan Tun Abdul Razak, JB
1.4606322138027925, 103.76516720577017

#johor #jb #merlintower
#cinema #victoriatheatre #royaltheatre
#capitol #kapitolbaru
#柔佛 #新山 #火车站路
#美仑大厦
#戏院 #皇宫戏院 #首都
#金都 #新金都
#malaysiaoldtimes

6307473196223415425_121.jpg

 
6327805068891505473_121.jpg


Tahun 1953, Tapak Pertama Compleks anda lihat harini (gambar bawah) dahulu ialah deretan kedai kayu manakala panggung Odean di depannya, kawasan penuh dengan pokok kelapa.

Simpang Jalan Campbell masih utuh seperti dulu hingga kini. Pastinya Campbell Complex belum wujud. Jalan ini dulu bernama Batu Road. Sebab itu wujudnya Sekilah Batu Road dan Batu Road Supermarket. Sekarang dikenali dengan nama Jalan TAR

Sumber
Jom explore
 
Pada suatu ketika dahulu sewaktu zaman tidak berkala.

Selamat pg2 semua nya t kasih pd semua owner dan juga tuan asl pemilik gambar bas2 yg tertera d bawah sekadar berkongsi pd semua rakan2 sahabat peminat bas era 80an dan 90an

#sukaTengokBas

6055596097574912169_121.jpg

6055596097574912170_120.jpg

6055596097574912171_120.jpg

6055596097574912172_121.jpg

6055596097574912173_121.jpg
 
Gambar yang sangat rare, sekitar Sungai Besar dan Daerah Sabak Bernam tahun 1930an
--Lelaretaka


6064257388753568384_120.jpg

6064257388753568386_120.jpg

6064257388753568385_120.jpg

6064257388753568387_120.jpg

6064257388753568389_120.jpg

6064257388753568388_120.jpg

6064257388753568390_120.jpg
 
Back
Top
Log in Register