BTC USD 83,785.0 Gold USD 4,283.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gambar Keris Taming Sari

ape kate kita pakai pedang lak...tgk thread aku...pedang hang tuah..hehe
 
cube tikam org yg pegang tu tgk mati ke x..
 
Taming Sari bukan replika
Oleh Nurhayati Abllah

2011/05/30

Senjata itu dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan dan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Selain itu, ia juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

Amboi amboi, malaikat maut dtg, dia bukan kira sakti tak sakti, tak ada satu pun boleh menahan kerja yg diamanah kpd beliau.
Statement mcm ni, menyebabkan jatuh akidah, bila sipembaca percaya ada sakti pada keris tur..
Percaya kat situ, jatuh syirik...tepuk dada tanya iman...:):):)

Pedang Nabi pun tak ada sakti sampai sebegini hebat:)
 
kadang2 terpk gak..
dorg yg pegang keris tu pndai ke bersilat guna keris?
 
betol ke sume nih?? cm sume kne tipu ngn sejarah je..buku sejarah tu pon bkn btol sgt..muahahha
 
taming sari di simpan di London..
selepas jebat jadi badan bas
 
yup..aku setuju...taming sari bukan dah ditenggelamkan ke....sungai tu plak dah dighaibkn dari pandangan manusia biasa...wallahualam...

cara nak tutup cite penipu.. :eek::eek::eek:

keris tu tenggelam dalam sungai,
sungai pulak ghaib..

:eek::eek:
 
Taming Sari bukan replika
Oleh Nurhayati Abllah

2011/05/30

pix_gal0

KERIS Taming Sari dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar selama enam hari bermula semalam sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-83.
Keris kebesaran Diraja Perak diwarisi dari Sultan Melaka sejak 1528

KUALA KANGSAR: Muzium Perak menolak dakwaan mengatakan Keris Taming Sari iaitu satu daripada alat kebesaran Diraja Perak yang dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, di sini, adalah palsu atau replika.

Pengarah Muzium Perak yang juga pengurus galeri berkenaan, Nor Janati Ibrahim, berkata pihaknya sering menerima dakwaan sedemikian berikutan ada di kalangan pengunjung meragui keaslian keris itu.
“Keris Taming Sari dipamerkan di galeri ini adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Nor Janati berkata, mengenai ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan pihak berkaitan, tetapi yang penting Muzium Perak tetap mengatakan Keris Taming Sari ialah satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.

“Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.

“Justeru, Muzium Perak dengan perkenan Tuanku (Sultan Perak) mengadakan pameran Keris Taming Sari di Galeri Sultan Azlan Shah selama enam hari bermula hari ini (semalam) sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-83.
“Ia bertujuan memberi pendedahan serta gambaran sebenar mengenai keistimewaan keris yang pernah menjadi milik Laksamana Hang Tuah itu,” katanya.

Keris berkenaan yang diseliputi dedaun emas, manakala sarung atau hulunya diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya daripada serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Senjata itu dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan dan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Selain itu, ia juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.



aku percaya keris taming sari kat sultan perak...kerana aku xpercaya dgn sejarah sgt dah.sejarah yg aku belajar selama ini.pasal buku sejarah menipu aku byk benda termasuk tok janggut..hahahahaha
 
Back
Top
Log in Register