BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Felda Perlu Dilibatkan Dalam Projek Pembinaan, Pembangunan Negara - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
dde848a27bc6c824c86fb6999de3940969a9095146a26

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis amanat sempena lawatan kerja Perdana Menteri bersama warga pengurusan FELDA di Menara FELDA hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Felda tidak boleh lagi dilihat sebagai entiti terasing, sebaliknya kawasan itu mesti dilibatkan dalam sebarang projek pembinaan dan pembangunan negara secara menyeluruh.

Berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Felda hari ini, beliau berkata semua kementerian dan jabatan diarah supaya tidak mengetepikan kawasan Felda dalam pelaksanaan sebarang projek atau inisiatif baharu kerajaan.

“Saya telah arahkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, semua jabatan dan kementerian, jika ada projek atau apa-apa ikhtiar baharu jangan tinggalkan Felda sebagai satu kawasan yang terasing.

“Setiap kemudahan kerajaan dari sudut kemudahan pendidikan, sosial, jangan tinggalkan Felda,” katanya pada majlis yang diadakan di Menara Felda di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Berita Lanjut Menyusul

 
Back
Top
Log in Register