kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis amanat sempena lawatan kerja Perdana Menteri bersama warga pengurusan FELDA di Menara FELDA hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Felda tidak boleh lagi dilihat sebagai entiti terasing, sebaliknya kawasan itu mesti dilibatkan dalam sebarang projek pembinaan dan pembangunan negara secara menyeluruh.
Berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Felda hari ini, beliau berkata semua kementerian dan jabatan diarah supaya tidak mengetepikan kawasan Felda dalam pelaksanaan sebarang projek atau inisiatif baharu kerajaan.
“Saya telah arahkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, semua jabatan dan kementerian, jika ada projek atau apa-apa ikhtiar baharu jangan tinggalkan Felda sebagai satu kawasan yang terasing.
“Setiap kemudahan kerajaan dari sudut kemudahan pendidikan, sosial, jangan tinggalkan Felda,” katanya pada majlis yang diadakan di Menara Felda di sini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Berita Lanjut Menyusul
Felda Perlu Dilibatkan Dalam Projek Pembinaan, Pembangunan Negara - PM Anwar
Felda, Anwar, peneroka, pembangunan, majlis amanat