darwisy
Forex Moderator

- Messages
- 1,797
- Joined
- Dec 2, 2008
- Messages
- 1,797
- Reaction score
- 1,089
- Points
- 101
Salam Bro,
Maaf kerana menggangu. Saya terbaca forum saudara tentang pertanyaan untuk newbie fx.
Saya sebagai newbie fx, saya ingin memohon jasa baik bro berkaitan penggunaan MT4.
Direct kepada soalan saya :
Bolehkah Trailing Stop digunakan bersama-sama dengan Stop Loss?
Ini kerana, apabila saya membuka sesuatu position, saya akan set Trailing Stop sebanyak 25 points.
Oleh kerana tidak mahu mengambil risiko, saya juga ingin setkan Stop Loss pada open position yang telah saya buat sebentar td.
Masalahnya sekarang ini, Stop Loss yang telah saya buat td, akan mempengaruhi Trailing Stop yang telah saya buat td.
Hasilnya, Trailing Stop tidak akan menjadi kerana Trailing Stop sebanyak 25 points td seperti tidak ada kerana Stop Loss pada Trailing akan mengikut Stop Loss yang telah saya setkan sebentar tadi.
Soalan Saya : Adakah kita boleh setkan Trailing Stop dan Stop Loss serentak?
Appreciate saudara boleh membantu newbie seperti saya. Thanks...
TL & SL boleh disetkan serentak. Cthnya jika bro open position dgn set SL 60pips kemudian bro set pula TS 25pips. Jika open position bro td dah profit 26pips maka TS akn mengubah kedudukan SL pd +1 pip. Jd SL 60pips td akn hilang oleh pengaruh TS selagi bro buka MT4.