BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[FAKE revell] Two moons on 27th August 2010

astrowan

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,318
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,318
Reaction score
251
Points
146
Benarkah akan berlaku dua Bulan pada 27 Ogos 2010?


Tersebar dengan luas melalui email..mengatakan akan berlaku dua Bulan di langit pada malam 27 Ogos 2010.
Mengikut email tersebut seluruh dunia menantikan.. planet Marikh paling cerah di bulan Ogos.
Akan kelihatan saiznya sebesar bulan purnama pada 12:30am, 27 Ogos 2010. Ia akan kelihatan seperti dua bulan..

Lihat email yang disertakan.

Sebenarnya pada tarikh 27 Ogos 2010, Bulan pada jam 12:30am berada pada altitud 50 darjah di langit timur,
manakala planet Marikh telah terbenam di ufuk barat pada jam 9.58pm.
Ini bermakna tidak mungkin Bulan dan Marikh pada masa tersebut berada berdekatan antara satu sama lain.
Tidak mungkin juga saiz Marikh hampir sama dengan Bulan sekali pun ia paling hampir dengan Bumi.
Apa yang sebenarnya berlaku pada12:30am, 27 Ogos 2010 ialah planet Musytari dan Bulan akan berada berhampiran, Musytari terbit pada 08:50pm dan Bulan terbit pada 21:40pm(26 Ogos 2010). Umat Islam pada malam ini berada pada malam 17 Ramadhan 1431H.

Kedua-duanya kelihatan berdekatan dengan sudut pisahan 9 darjah diantara keduanya. Kita mulai dapat melihatnya kedua-duanya di langit timur selepas jam 10.00 pm, 26 Ogos 2010 apabila Musytari agak tinggi sedikit dari ufuk timur pada altitud 14 darjah. Bulan berada di sebelah atas Musytari.

Planet Musytari kelihatan seperti satu bintang yang terang pada malam itu tetapi saiznya tidaklah hampir sama seperti Bulan purnama.

Kedua-dua objek samawi ini juga kelihatan berhampiran pada 10.00pm, 27 Ogos 2010 apabila Bulan dan Musytari tinggi sedikit dari ufuk pada altitud 14 darjah. Sudut pisahan diantara kedua-dua ialah 8 darjah, lebih hampir dari malam yang sebelumnya. Bulan berada di bawah kiri Musytari.

Bulan dan Musytari terbit pada 9:00pm dan 08:54pm masing-masing. Umat Islam pada malam ini telah memasukki malam ke 18 Ramadhan 1431H. Bulan berada dalam buruj Pisces untuk kedua-dua malam tersebut.



download ni ada gambar sekali

http://www.4shared.com/document/n2hf0BV3/Benarkah_akan_berlaku_dua_Bula.html
 
mmg xde arikh duduk sebelah bulan sampai nmpak mcm ada dua bulan...tapi ada planet lain dekat dengan bulan, aku xtau planet ape, mungkin mustari la kot...

sbb aku tengok masa hari kejadiaan mmg ada planet lain dekat dgn bulan...kalo tngk nmpak mcm bintang je..tapi kalo perati betul2, dia xberkelip..ada ke bintang xberkelip? maknanya planet la tu:)cgrock
 
bulan terang jer aku tgok lepas terwaih dikala malam nuzul al quran dan malam jumaat. tapi tak nampak lak macam dua bulan
 
malm nanti la skodeng bulan, mana tau nampak anak bulan teros raya... yay
 
Back
Top
Log in Register