BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fadillah Ucap Takziah Kepada Keluarga Pengamal Media Sarawak James Joshua Guang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
e3bda1e3186c69ec8ea64a879003655469f6dce5bd6a9


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga pengamal media Sarawak James Joshua Guang, 58, yang meninggal dunia semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Fadillah berkata pemergian mendiang bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga, malah seluruh komuniti pengamal media di Sarawak.

“Segala jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada legasi yang bermakna dalam dunia kewartawanan dan komunikasi.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan, ketabahan serta ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini,” katanya.

James meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Anglican Siburan, Kuching pada Selasa.

 
Back
Top
Log in Register