combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Pegawai Media Jailani Harun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga bekas wartawan dan Pegawai Media di Pejabat Presiden UMNO Datuk Jailani Harun yang meninggal dunia hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau sempat menziarahi Allahyarham di Hospital Serdang, Selangor awal pagi tadi, menyifatkan Jailani sebagai insan yang baik, merendah diri dan disenangi ramai.
“Pilu hati saya melihat keadaan beliau ketika itu. Saya masih mengharapkan sebuah keajaiban, namun Allah SWT lebih menyayanginya.
“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Ahmad Zahid turut mengajak orang ramai mendoakan agar Allahyarham diampunkan segala dosa, dilimpahkan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Jailani, 66, menghembuskan nafas terakhir pada 11.34 pagi tadi di Hospital Serdang.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Mubarakah Taman Bukit Cheras untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras selepas solat asar.