BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Ketua Cawangan MyGCCC

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Ketua Cawangan MyGCCC​

fc584e3ac4d5614a11587a1c98a890426a3df505798ba

Kredit: Fb Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Cawangan Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) Yazman Yahya yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Fahmi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berdedikasi serta menjalankan tugas dengan baik.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham serta mengampuni segala dosanya.

"Semoga seluruh ahli keluarga bertabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan besar ini. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran tersebut.

MyGCC yang berfungsi di bawah Kementerian Komunikasi merupakan pusat panggilan setempat dan hub komunikasi rasmi kerajaan Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register