BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Ketua Pengarah Penerangan Mohd Sukari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Ketua Pengarah Penerangan Mohd Sukari​

871184bafbe089c1e3b0c1ce35e0ed276a70658420047

--kredit FB Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzli mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi berkata Allahyarham merupakan antara individu terawal yang beliau temui ketika diberi amanah menerajui Kementerian Komunikasi.

Katanya, Allahyarham juga antara insan yang paling kerap bersamanya dalam melaksanakan tugas.

“Pemergian Allahyarham amat dirasai dan meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh warga Kementerian Komunikasi, khususnya Jabatan Penerangan Malaysia.

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Sakinah Kampung Melayu, Kepong.

Sukari, 65, dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan pada 7 Disember 2020 dan bersara pada 20 Mac 2024.

 
Back
Top
Log in Register