BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TPM Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada KP Bernama Atas Pemergian Ibu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

TPM Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada KP Bernama Atas Pemergian Ibu​

3d00aab9e6438ec1a9043dc35df83ef76a0d426062edd


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj dan keluarga di atas pemergiaan ibunya Kaliamah Karuppaya, 77, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Zahid berkata kehilangan seorang ibu, satu kehilangan yang amat besar dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Semoga seluruh keluarga saudara Arul Rajoo diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini,” katanya.

Mendiang Kaliamah menghembuskan nafas terakhir pada 8.10 malam malam tadi di kediamannya di Behrang Hulu, Perak selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan kegagalan buah pinggang sejak setahun yang lepas.

 
Back
Top
Log in Register