BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wan Junaidi Ucap Takziah Kepada Nancy Shukri Atas Pemergian SuamiÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Wan Junaidi Ucap Takziah Kepada Nancy Shukri Atas Pemergian SuamiÂ​

536c1ed5ac9c37ce84c311ae608aa66c6a33ec818a6a8

Kredit: FB Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Nancy Shukri atas pemergian suami beliau, Datuk Kamil Misuari hari ini.

Astana Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang beriman.

“Tun dan Toh Puan turut mendoakan agar Datuk Seri Nancy serta seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat penuh kesedihan ini,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan memaklumkan Kamil meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur, petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kuching esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Allahyarham yang berusia 65 tahun berkahwin dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga anak.

 
Back
Top
Log in Register