BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fadhlina Ucap Takziah Kepada Keluarga Luqman Kamil

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
0f20f5c16d1cc981148a60f046e2c5b669e3a0f4bf2ac

fb Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Luqman Kamil Jamaluddin, 16, yang ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok, Pahang semalam.

Fadhlina menerusi catatan di Facebook hari ini berkata keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) pada masa ini adalah untuk memastikan bantuan terbaik dapat disalurkan kepada keluarga Luqman Kamil.

“Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan seluruh keluarga diberi kesabaran dalam menghadapi ujian berat ini,” katanya.

Dalam kejadian petang semalam, Luqman Kamil yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan dilaporkan lemas ketika mencari kepah di Pantai Balok.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan berkata mayat pelajar berkenaan ditemukan pada 2.15 petang tadi dalam keadaan terapung kira-kira 400 meter dari kuala oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi sejak semalam.

 
Back
Top
Log in Register