BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dzulkefly Tinjau Persediaan Mesyuarat AHMM Ke-17

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Dzulkefly Tinjau Persediaan Mesyuarat AHMM Ke-17​

988910f2ebf5f0d87e95bd3cb4f5e6be6a9fb6de59278

Kredit: FB - Kementerian Kesihatan Malaysia

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini meninjau persediaan bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 yang akan berlangsung di sini, Khamis ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Dzulkefly mengambil kesempatan mengunjungi ruang pameran oleh pempamer daripada bahagian dan agensi KKM serta meninjau bilik mesyuarat utama AHMM.

“Beliau turut menyantuni petugas yang terlibat dalam persiapan dan pengurusan mesyuarat serta merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen dan usaha yang diberikan bagi memastikan segala persiapan penganjuran AHMM ke-17 berjalan lancar,” menurut KKM menerusi hantaran di Facebook.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Ismuni Bohari, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Dr Noraryana Hassan, dan Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Dr Ainul Nadziha Mohd Hanafiah.

Malaysia mempengerusikan AHMM ke-17 di ibu negara selama lima hari bermula semalam yang menjadi platform utama bagi menteri kesihatan negara ASEAN membincangkan isu kesihatan serantau serta memperkukuh kerjasama dan penyelarasan dalam bidang kesihatan.

KKM dalam kenyataan semalam memaklumkan AHMM ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan melakar sejarah tersendiri selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah 22 tahun lepas iaitu pada 2004.

Membawa tema “Healthy ASEAN: Together Towards Equitable, Future-Ready Health Systems”, penganjuran kali ini turut menyaksikan Mesyuarat Sulung Menteri Kesihatan ASEAN-Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN-Jepun.

 
Back
Top
Log in Register