BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Durian Balik Pulau Penang antara Durian tersedap di dunia

Utk soalan dari ebumah yg tanya samada durian dari kebun melayu ,
Jawapannya durian2 branded biasanya dari kebun cina , kot ada pun kebun melayu mungkin saya kurang arif .
Penanaman durian di balik pulau oleh pekebun-pekebun cina bukan perkara main2 sebab memerlukan modal yang besar dan masa yang banyak utk memastikan hasil mantap utk masa hadaoan.
Selepas musim buah pokok di baja dengan baja oragnik. Utk kebun2 yg gah mereka menggunakn kulit udang utk baja organik . Lepas tu musim hujan baja biru bayern , musim kemarau apabila bunga mula keluar mereka mengawal pengeluaran bunga durian dengan teknik , supaya buah tidak keluar serentak utk elak harga jatuh .
Bila dah mula berbuah sebesar agak2 lekat pokok dibaja dengan boron dan foliar .
Bila buah mula berisi mereka akan meracun buah jika terdapat simptom serangga ulat pengorek buah .
Jadi penanaman buah durian di P Pinang adalah kerja sepenuh masa.
Pokok durian pula perlukan asap2 bakar dan bau badan manusia utk respon.
Di Pulau Pinang , kebun2 cina tak tanam D24 sebab taburan hujan di balik Pulau agak rendah , kurang dari 140mm setahun , Begitu juga dengan Musang King . Tak sesuai utk penang . Both variety tu perlukan taburan hujan 160mm setahun utk elak buah dari mangkaq sebelah.
Kesimpulannya harga durian penang mahal sebab effort yg di ambil bukan sikit...

Patutla musang king last week tanya RM40 sekilo :((

Last week makan durian D101 dengan benih johor. terbaik :)cgrock
 
Tinja haiwan tidak digunakan oleh pekebun yang menanam buah-buahan. Bukan sahaja durian tetapi kebanyakkan pokok2 buah buahan yg lain seperti jambu , durian belanda dsb.
Ini disebabkan tinja haiwan mengandungi cacing dan cacing2 ini akan masuk ke pokok dan akan merosakkan buah menjadikan ia berulat atau rosak.
 
Back
Top
Log in Register