BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua pekerja kedai telefon bimbit diberkas sabit skim penipuan akaun Singpass

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Dua pekerja kedai telefon bimbit diberkas sabit skim penipuan akaun Singpass​

singpass_1.jpg

Polis memberkas seorang suspek pada 25 Ogos 2026. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

SINGAPURA: Dua lelaki warga Malaysia berusia 25 dan 47 tahun diberkas pada Selasa (25 Ogos) kerana disyaki terlibat dalam satu skim terancang yang menjejas akaun Singpass milik warga Singapura dan pemegang permit kerja.

Menurut polis pada Rabu (26 Ogos), sekurang-kurangnya 20 warga Singapura dan pemegang permit kerja sudah disiasat sejak awal Mac kerana disyaki terlibat dalam pendaftaran akaun LiquidPay.

IKLAN

Akaun-akaun tersebut dilaporkan menerima S$110,063 yang dikaitkan dengan pelbagai penipuan.

Siasatan awal bagaimanapun menunjukkan sebahagian daripada mereka mungkin tidak mengetahui akaun tersebut diwujudkan atau tujuan ia digunakan.

DIDAKWA AMBIL KESEMPATAN AKSES AKAUN PELANGGAN

Pegawai daripada Komand Siber, dengan sokongan pasukan Singpass Trust and Safety di Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech), menjalankan operasi antara 21 hingga 25 Ogos untuk mengenal pasti anggota sindiket berkenaan.

Operasi tersebut membawa kepada penangkapan kedua-dua lelaki itu.

IKLAN

Siasatan mendapati kedua-dua suspek merupakan pekerja sebuah kedai telefon bimbit di Singapura.

Menurut polis, mereka dipercayai mengambil kesempatan daripada pekerjaan mereka untuk mengakses akaun Singpass pelanggan.

Dalam satu kejadian, ketika seorang pelanggan membeli kad SIM baharu, salah seorang suspek dipercayai menawarkan bantuan untuk mengemas kini nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun Singpass pelanggan itu.

Dia kemudian dipercayai mengambil kesempatan untuk membuka akaun LiquidPay tanpa pengetahuan pelanggan tersebut.

LiquidPay merupakan aplikasi pembayaran mudah alih dan dompet elektronik yang dikendalikan syarikat teknologi kewangan Liquid Group yang berpangkalan di Singapura.

IKLAN

LEBIH 160 AKAUN LIQUIDPAY DIDAFTAR TANPA PENGETAHUAN PEMILIK

Siasatan lanjut mengenal pasti 171 lagi warga Singapura dan pekerja asing yang akaun Singpass mereka dikaitkan dengan kegiatan sama.

Akaun Singpass yang diperolehi secara tidak sah itu digunakan untuk mendaftarkan lebih 160 akaun LiquidPay tambahan tanpa pengetahuan pemilik akaun.
Polis memberkas seorang suspek pada 25 Ogos 2026. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)
Menurut pihak berkuasa, semua akaun LiquidPay yang terjejas sudah dibekukan.

Kedua-dua suspek akan didakwa di mahkamah pada Khamis (27 Ogos) atas kesalahan membantu pihak lain mengekalkan manfaat daripada kegiatan jenayah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali.

IKLAN

Siasatan terhadap warga Singapura dan pemegang permit kerja yang secara sukarela menyerahkan butiran Singpass mereka masih dijalankan.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, mereka yang didapati bersalah mendedahkan butiran Singpass bagi memudahkan sesuatu kesalahan boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

JANGAN SERAH BUTIRAN SINGPASS

Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menerima tawaran wang dengan cepat sebagai pertukaran untuk akaun atau butiran Singpass mereka.

Kata laluan Singpass atau butiran pengesahan dua faktor, 2FA, juga tidak harus didedahkan kepada individu yang tidak dikenali.

Butiran tersebut boleh disalahgunakan untuk mengakses pelbagai khidmat digital, termasuk membuka akaun bank, dompet elektronik, akaun mata wang kripto dan talian telefon bimbit bagi kegiatan yang menyalahi undang-undang.

 
Back
Top
Log in Register