'Passkey’ Singpass tersedia bagi pengguna peranti Android mulai 9 Sep
Log masuk menggunakan 'passkey' pertama kali diperkenalkan secara melancarkan ujian beta bagi pengguna iPhone (iOS) pada 30 Jun. (Gambar: GovTech Singapura)
SINGAPURA: Pengguna peranti Android kini boleh menggunakan 'passkey' Singpass mulai Rabu (9 Sep), selepas Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH) memperluaskan kaedah log masuk yang lebih tahan pancingan data menyusuli pelancaran ujian beta bagi pengguna iPhone (iOS).
GovTECH menyatakan pengguna peranti Android akan menerima pemberitahuan secara berperingkat menerusi aplikasi Singpass yang mengingatkan mereka supaya mencipta 'passkey'. Pengguna juga dinasihatkan supaya memastikan aplikasi Singpass dikemas kini untuk menggunakan ciri tersebut.
IKLAN
Log masuk menggunakan 'passkey' pertama kali diperkenalkan semasa melancarkan ujian beta kepada pengguna iPhone (iOS) pada 30 Jun. Menurut GovTECH, 'passkey' menyediakan lapisan keselamatan tambahan di samping memastikan proses log masuk kekal lancar.
Langkah itu dilaksanakan sedang pancingan data kekal sebagai jenis penipuan kedua paling lazim di Singapura tahun lalu, dengan kerugian mencecah hampir S$40 juta (AS$31.6 juta).
Jurucakap GovTECH berkata setakat sehingga Rabu, sekitar 800,000 pengguna sudah mencipta 'passkey' menerusi aplikasi Singpass.
Kemudahan log masuk menerusi komputer pula dijangka tersedia menjelang akhir 2026, menurut GovTECH.
GovTECH menyatakan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi seperti Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Persatuan Rakyat (PA) untuk meningkatkan kesedaran mengenai 'passkey' serta membantu pengguna yang memerlukan sokongan untuk menggunakannya.
IKLAN
Berbeza dengan kata laluan yang boleh dicuri atau kod QR yang boleh digunakan penipu untuk memperdaya pengguna supaya mengimbasnya, 'passkey' mengesahkan kunci peribadi yang disimpan dalam peranti pengguna dengan kunci awam yang didaftarkan dalam sistem Singpass.
Memandangkan tiada kata laluan atau kata laluan sekali sahaja (OTP) perlu dimasukkan atau dihantar semasa log masuk, penipu tidak mempunyai sebarang maklumat untuk dipintas, sekalipun pengguna melayari laman web palsu.
'Passkey' merupakan pilihan tambahan untuk log masuk selain kaedah pengesahan sedia ada, termasuk kod QR, pengecaman wajah dan OTP menerusi SMS.
Sekiranya peranti hilang atau dicuri, aplikasi Singpass serta 'passkey' pada peranti tersebut secara automatik tidak lagi boleh digunakan apabila pengguna mengaktifkan Singpass pada peranti lain.
'Passkey’ Singpass tersedia bagi pengguna peranti Android mulai 9 Sep
SINGAPURA: Pengguna peranti Android kini boleh menggunakan 'passkey' Singpass mulai Rabu (9 Sep), selepas Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH) memperluaskan kaedah log masuk yang lebih tahan pancingan data menyusuli pelancaran ujian beta bagi pengguna iPhone (iOS). GovTECH menyatakan pengguna...