BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penipuan Guna AI, Risiko Baharu Pengambilan Pekerja

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Penipuan Guna AI, Risiko Baharu Pengambilan Pekerja​

3e075a192f6534e18c47abe74e23be9e6a4db11ce42f3

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Venovox Sdn Bhd, Sharmila Gunasekara

Sebanyak 15 peratus calon yang menjalani saringan sebelum diambil bekerja didapati mempunyai sekurang-kurangnya satu ketidakpadanan dalam rekod mereka, menurut Indeks Risiko Saringan Latar Belakang Kebangsaan (National Background Screening Risk Index, NBSRI).

Indeks yang dibangunkan syarikat pakar saringan latar belakang, Venovox Sdn Bhd, berdasarkan kira-kira 300,000 data saringan yang merangkumi 20 sektor industri itu mendapati antara ketidakpadanan yang dikenal pasti ialah sejarah pekerjaan yang tidak tepat, pemalsuan kelayakan akademik, isu berkaitan identiti, penyelewengan kewangan serta kebimbangan terhadap reputasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Venovox, Sharmila Gunasekaran berkata risiko dalam pengambilan pekerja kini semakin kompleks berikutan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan manipulasi identiti dan pemalsuan kelayakan dilakukan dengan lebih canggih.

Beliau berkata masih banyak organisasi menganggap pengambilan pekerja sebagai fungsi rutin sumber manusia, sedangkan setiap keputusan pengambilan boleh memberikan individu akses kepada aset penting syarikat, termasuk sistem kewangan, pangkalan data pelanggan, harta intelek dan maklumat sulit.

"Kajian ini turut mendapati risiko pengambilan pekerja berbeza dengan ketara mengikut industri, fungsi pekerjaan dan peringkat jawatan, sekali gus menunjukkan keperluan terhadap amalan saringan yang lebih bersasar," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif.

Beliau berkata sektor perkhidmatan profesional dan perniagaan merekodkan antara kadar ketidakpadanan tertinggi, meskipun golongan profesional berkelayakan tinggi lazimnya dianggap mempunyai risiko pengambilan yang lebih rendah.

Menurut beliau, ketidakpadanan berkaitan sejarah pekerjaan kekal sebagai penemuan paling lazim dalam proses saringan, termasuk jawatan yang dibesar-besarkan, tarikh pekerjaan yang tidak tepat, tempoh tidak bekerja yang tidak didedahkan serta skop tugas yang dilebih-lebihkan.

Katanya majikan juga semakin terdedah kepada risiko berpunca daripada tingkah laku calon di platform dalam talian, petunjuk salah laku kewangan dan jejak digital yang boleh menimbulkan tanda amaran sepanjang proses pengambilan pekerja.

 
Back
Top
Log in Register