BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Graduan baharu bimbang AI tingkat persaingan rebut jawatan peringkat permulaan; majikan mahukan pekerja mahir

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Graduan baharu bimbang AI tingkat persaingan rebut jawatan peringkat permulaan; majikan mahukan pekerja mahir​

screenshot_2026-08-14_110807.jpg

Graduan baharu jurusan teknologi di Singapura bimbang kemahiran pengekodan sahaja mungkin tidak lagi mencukupi untuk mendapatkan pekerjaan. (Gambar fail: Bernama)

SINGAPURA: Sedang kecerdasan buatan (AI) mengubah pembangunan sofwe (perisian), graduan baharu dari jurusan teknologi di Singapura bimbang kemahiran pengekodan sahaja mungkin tidak lagi mencukupi untuk mendapatkan pekerjaan.

Ini sedang para majikan semakin mencari pekerja peringkat permulaan yang mampu menyelesaikan masalah perniagaan dan menggunakan produk dalam situasi dunia sebenar, selain bekerja dengan lebih pantas, cekap dan berdikari.

IKLAN

Satu tinjauan melibatkan 246 pelajar institut pengajian tinggi oleh gerakan teknologi bukan keuntungan yang diterajui oleh golongan belia, YouthTechSG, mendapati 83.3 peratus mahu mendapatkan bantuan dalam pembangunan kemahiran teknikal dan penyelesaian masalah.

Ia diikuti perancangan kerjaya dan pembangunan profesional pada 78.5 peratus, serta membina rangkaian dan hubungan profesional pada 71.5 peratus.

Naib Presiden YouthTechSG Lam Yik Ting berkata AI telah mengubah proses pembangunan sofwe dengan ketara.

KEMAHIRAN BERBEZA DIPERLUKAN

Salah satu contoh ialah "vibe coding", yang membolehkan pembangun menggunakan AI untuk menghasilkan kod berdasarkan arahan dalam bahasa biasa, berbanding menulis kod baris demi baris.

IKLAN

“Daripada menulis kod baris demi baris, anda hanya menggunakan ejen-ejen AI untuk melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza,” kata Encik Lam, sambil memberi contoh ejen keselamatan siber yang mengesan masalah dan bekerjasama dengan ejen-ejen yang membantu mereka bentuk antara muka pengguna.

Memandangkan AI kini mengambil alih lebih banyak tugas pengekodan, pembangun memerlukan set kemahiran yang berbeza, termasuk pemahaman tentang seni bina sofwe dan bagaimana pelbagai komponen berfungsi secara bersama, tambah beliau.

Meskipun majikan mengharapkan para graduan mengetahui cara-cara untuk menggunakan alat-alat baharu, mereka juga mahu memastikan para pekerja mampu bekerja tanpa bergantung kepada alat-alat tersebut.

“Majikan kini kembali kepada cara tradisional untuk menemu duga para calon, (termasuk) tugasan pengekodan secara langsung tanpa menggunakan pembantu AI,” kata pengurus bersekutu teknologi di firma pengambilan pekerja global Michael Page, Neo Miao Xia.

Walaupun alat sedemikian mungkin dibenarkan ketika bekerja, syarikat-syarikat masih mahu para graduan baharu menunjukkan semasa proses pengambilan pekerja bahawa mereka “mampu melakukan tugas itu sendiri tanpa bergantung kepada alat pihak ketiga”, tambah beliau.

IKLAN

ASAS MASIH PENTING

Para pelajar bidang teknologi berkata mereka bimbang apa yang dipelajari di sekolah mungkin sudah ketinggalan zaman apabila mereka menamatkan pengajian, memandangkan perkembangan AI begitu pesat.

Dalam pertemuan sesama pelajar, ada yang berkongsi bahawa mereka mengambil beberapa latihan amali dan mendapatkan kelayakan tambahan sebagai persediaan, malah ada yang sanggup tidak menghadiri kuliah untuk berbuat demikian.

Namun, para pakar percaya penguasaan asas yang kukuh tetap penting meskipun kemahiran yang diperlukan industri terus berubah-ubah.

Mereka menambah bahawa individu yang mampu menyesuaikan diri, berfikir secara kritis dan mempunyai pengalaman praktikal akan berada dalam kedudukan lebih baik untuk berjaya dalam pasaran kerja yang semakin dipacu AI.

IKLAN

Menurut Persatuan Komputer Singapura, universiti harus terus memperkukuh asas sains komputer, di samping menyepadukan AI ke dalam kurikulum.

Para pelajar juga harus diberi lebih banyak peluang untuk melibatkan diri dalam projek industri, bekerjasama merentas disiplin masing-masing dan menyelesaikan masalah dunia sebenar, tambah beliau.

“Majikan boleh menyokong graduan dengan menyediakan bimbingan berstruktur, latihan amali dan program pembangunan graduan yang membolehkan golongan karyawan muda membina keyakinan sambil mempelajari bagaimana AI diguna pakai dalam persekitaran kerja sebenar,” menurut persatuan tersebut.

Encik Lam dari YouthTechSG berkata universiti tidak boleh merapatkan jurang kemahiran secara bersendirian.

Industri juga perlu menyediakan peluang latihan amali dan bimbingan kepada para pelajar supaya mereka dapat membina kemahiran berdasarkan asas yang dipelajari di universiti, tambah beliau.

 
Back
Top
Log in Register