1j ·
Ini adalah kesan perbezaan antara hakim liberal dan konservatif.
Di US, oleh kerana mahkamah Agung menentukan nilai masyarakat, mereka “fight tooth and nail” siapa jadi hakim mahkamah Agung. Di mahkamah macam2 hujah boleh mereka berikan tetapi akhirnya nilai dan ideologi hakim2 menentukan keputusannya. Kini mahkamah Agung US mempunyai hakim majoriti konservatif. Sebab itu tidak berpihak kepada kumpulan liberal.
Sebab inilah saya menyuarakan kekhuatiran dan bantahan saya tentang doktrin basic structure. Doktrin ini vague dan uncertain. Ia tertakluk kepada pendirian hakim. Hakim tentukan apakah dia yang basic structure. Tiada siapa tahu sekarang apa dia basic structure dan elemen yang menjadikannya basic structure. Tiada dalam perlembagaan langsung mana2 peruntukan berkenaan konsep ini. Mahkamah sendiri mengimpot doktrin ini dari India dan memberikan kuasa kepada mereka untuk menentukannya. Dan setelah menentukannya mahkamah menyatakan tiada siapa boleh pertikaikannya dan menjadi undang2 yang mengikat kita.
Sepatutnya rakyat melalui Parlimen yang patut menentukan ini. Tetapi kuasa penentuan ini telah diambilalih oleh badan kehakiman bertentangan dengan konsep pengasingan kuasa selama ini. Doktrin ini sebenarnya telah ditolak berpuluh2 tahun oleh hakim2 ulung kita seperti Almarhum Sultan azlan shah, Tun Suffian, Tun abdul hamid dan pelbagai lagi atas alasan yang sama. Perubahan besar ini bermula sekitar 2018. Besar implikasinya tuan puan. Kalau kita tidak prihatin ia bakal mengubah nilai budaya kita tanpa persetujuan kita. Biarlah kuasa ini ditentukan oleh kita sendiri melalui Parlimen kita. Walaupun ada yang mungkin kecewa dengan dan menolak politician, tetapi ruang kita mempengaruhi dan menolak mereka masih ada. Undi ditangani kita dan kita ada hak menukar mereka. Nak tak nak mereka perlu juga dengar kita. Tetapi dengan hakim tidak. Mereka tidak accountable kepada rakyat.
Saya agak lepas ini mahkamah Agung di america dikecam kiri kanan oleh pihak liberal terutamanya. Mungkin ada demonstrasi. Tetapi ini tidak bermakna “independence of judiciary” tergugat. Saya menjangkakan pihak liberal akan menyatakan ini hak bersuara mereka. Freedom of expression mereka. Mungkin bergolak juga America seketika ini.
Tetapi Itu hal mereka. Dan bagi kita, membantah doktrin basic structure ini pun memang hak kita. Kita boleh mengkritik teori dan doktrin undang2. Ini hak kita juga. We should not be silenced.