BTC USD 83,302.7 Gold USD 4,098.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Isu nie berat dn susah org awam nk fhm...tp klau di biarkan parah nanti
penting utk org awam tahu ni tn lau_kau, sebab ni keputusan mahkamah berkait dengan kehidupan rakyat semua

sekarang ni mahkamah lak yg mengatur kehidupan masyarakat dengan keputusan mereka
dah la masa sebelum sebelum ni harmoni,
namun sekarang dah kacau bilau dan havoc
 
Lahai bila nak bagi kuasa kat parlimen pasal SPRM kome kata MP tak mahir undang2. Den tak faham kenapa nak takut pula?

tn puyol, parlimen penuh dengan MP yg tak well versed dengan undang undang
saya tengok diorang bagi pendapat perundangan pun saya query diorang dapat info tu bersumberkan apa
perlembagaan lagi lah diorang tak fasih



Mahkamah Persekutuan dan Ketua hakim sekarang ni tgh adopt dbs
ni lain daripada apa yg diamalkan oleh YA Sultan Azlan, Tun Suffian, Tun Abdul Hamid
malah mantan Ketua Hakim negara pun against dbs ni


kita cuma nak Ketua hakim adopt apa yg diamalkan oleh Sultan Azlan Tun Suffian dan tinggalkan perlaksanaan dbs
 
Last edited:

Lukman Sheriff​

1j ·

Ini adalah kesan perbezaan antara hakim liberal dan konservatif.

Di US, oleh kerana mahkamah Agung menentukan nilai masyarakat, mereka “fight tooth and nail” siapa jadi hakim mahkamah Agung. Di mahkamah macam2 hujah boleh mereka berikan tetapi akhirnya nilai dan ideologi hakim2 menentukan keputusannya. Kini mahkamah Agung US mempunyai hakim majoriti konservatif. Sebab itu tidak berpihak kepada kumpulan liberal.

Sebab inilah saya menyuarakan kekhuatiran dan bantahan saya tentang doktrin basic structure. Doktrin ini vague dan uncertain. Ia tertakluk kepada pendirian hakim. Hakim tentukan apakah dia yang basic structure. Tiada siapa tahu sekarang apa dia basic structure dan elemen yang menjadikannya basic structure. Tiada dalam perlembagaan langsung mana2 peruntukan berkenaan konsep ini. Mahkamah sendiri mengimpot doktrin ini dari India dan memberikan kuasa kepada mereka untuk menentukannya. Dan setelah menentukannya mahkamah menyatakan tiada siapa boleh pertikaikannya dan menjadi undang2 yang mengikat kita.

Sepatutnya rakyat melalui Parlimen yang patut menentukan ini. Tetapi kuasa penentuan ini telah diambilalih oleh badan kehakiman bertentangan dengan konsep pengasingan kuasa selama ini. Doktrin ini sebenarnya telah ditolak berpuluh2 tahun oleh hakim2 ulung kita seperti Almarhum Sultan azlan shah, Tun Suffian, Tun abdul hamid dan pelbagai lagi atas alasan yang sama. Perubahan besar ini bermula sekitar 2018. Besar implikasinya tuan puan. Kalau kita tidak prihatin ia bakal mengubah nilai budaya kita tanpa persetujuan kita. Biarlah kuasa ini ditentukan oleh kita sendiri melalui Parlimen kita. Walaupun ada yang mungkin kecewa dengan dan menolak politician, tetapi ruang kita mempengaruhi dan menolak mereka masih ada. Undi ditangani kita dan kita ada hak menukar mereka. Nak tak nak mereka perlu juga dengar kita. Tetapi dengan hakim tidak. Mereka tidak accountable kepada rakyat.

Saya agak lepas ini mahkamah Agung di america dikecam kiri kanan oleh pihak liberal terutamanya. Mungkin ada demonstrasi. Tetapi ini tidak bermakna “independence of judiciary” tergugat. Saya menjangkakan pihak liberal akan menyatakan ini hak bersuara mereka. Freedom of expression mereka. Mungkin bergolak juga America seketika ini.

Tetapi Itu hal mereka. Dan bagi kita, membantah doktrin basic structure ini pun memang hak kita. Kita boleh mengkritik teori dan doktrin undang2. Ini hak kita juga. We should not be silenced.


1656116770683.png
 

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar​

8j ·

KEPUTUSAN BERSEJARAH DI USA YANG MENGECEWAKAN PRO-ABORTION.

Pengguguran bukan lagi di anggap suatu hak asasi dalam perlembagaan di USA, dengan itu membenarkan negeri-negeri di USA mula mengharamkan pengguguran. Sebelum ini pengguguran dilakukan sewenang-wenangnya atas nama hak reproduksi wanita.

Abortion should only be done if there's a medical reason.

Di Malaysia, pengguguran janin adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan (pindaan – 1997). Ini mengambilkira pandangan agama Islam dan agama-agama lain. Rujuk
1f447.png


Guideline On TOP for Hospitals in MOH (1).pdf
https://www.moh.gov.my/.../database.../attach_download/681/7

Walau bagaimanapun, fasal pengecualian telah ditambah kepada Seksyen 312, seorang pakar perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 boleh menamatkan kehamilan seorang wanita jika kehamilan itu diteruskan boleh meningkatkan risiko kepada nyawa wanita tersebut, atau membawa kemudaratan yang lebih besar kepada kesihatan mental atau fizikal jika tidak digugurkan. Namun di bawah Seksyen 314 Kanun Keseksaan menunjukkan bahawa jika proses pengguguran janin ini telah membawa kepada kematian ibu, ianya akan menjadi satu kesalahan jenayah.


1656117803671.png

1656117781682.png
 
yess berita baik akan muncul, berkaitan dengan Hakim yg menekankan sangat Doktrin basic structure


harap nanti ada berita baik pasal Gopal sri Ram
 

Lukman Sheriff​

2j ·

Update perkembangan doktrin basic structure

Sejak sambutan meluas terhadap posting saya berkenaan doktrin basic structure rentetan kes Dinesh, saya telah berusaha menggerakkan isu ini dan berjumpa ramai orang. Seperti ICERD saya merintangi partisanship dan berjumpa pelbagai pihak. Dari akademik ke rakan2 peguam ke wakil2 ngo dan wakil2 rakyat kita. Cuma berbeza kali ini kita berpecah belah dan saya perlu berjumpa asing2. Prioriti masing2 pun berlainan terutama politician2 yang mengutamakan isu “bread n butter”. Juga akibat bebanan kerja saya hanya dapat buat apa yang mampu dan tidak dapat bergerak sepantas ICERD dahulu. Kadang2 saya terasa berat bebanan ini, tetapi ini perlu dibuat demi masa hadapan kita pada saya.

Saya memang bersyukur mempunyai beberapa kawan yang sanggup bersama saya dan selalu memberi sokongan dan memikul bebanan ini bersama. Doakan kita terus beristiqomah dan kehadapan. Saya akan update lagi pada masa akan datang.
 
Back
Top
Log in Register