BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Lukman Sheriff​

3j ·

Bantahan Doktrin basic structure

Deja Vu. Pada 2018, saya bentang di sini di hadapan Tun Hanif dan rakan2 kenapa kita perlu bantah ICERD. Walaupun Tun Hanif sudah berumur, tetapi dia sangat “knowledgeable”. Pelbagai soalan dia tanya. Sebagai seorang yang berlatarkan undang2 soalan undang2nya tajam dan mendalam Berpeluh juga saya ketika itu untuk menjawab.
1f642.png
hehehe. Tun’s grasp of the constitution to me is excellent.

Kehadapan tahun 2022, semalam, dejavu. Macam berlaku sekali lagi. Saya mulakan penerangan dan bantahan doktrin basic structure saya di tempat sama dan di hadapan Tun Hanif dan rakan2 sekali lagi. Kali ini Tun memberi insight apa yang berlaku ketika perlembagaan digubal. Klas Tun hanif. Banyak cerita Tun Hanif perlu dibukukan segera.

Cuma berbeza kali ini adalah lebih banyak NGO turun dan bukan saya seorang menjelaskan. Kali ini saya memanggil rakan2 practitioner yang sohor menerangkan permasalahan doktrin ini: saudara يوسفاريزال يوسف Aidil Khalid dan Badruzzaman Ishak. Jelas satu pembentangan yang sangat padu oleh mereka. Alhamdulillah. Saya amat bersyukur dan seronok kali ini dapat membentangkan bantahan doktrin ini dengan rakan taulan dan lebih terharu apabila ramai faham dan semangat bersetuju mempertahankan amalan perlembagaan dan pengasingan kuasa kita selama ini. Terima kasih kawan2 ku. Terima kasih semua yang hadiri.

Ini belum permulaan lagi saudaraku sekalian. Belum mula full swing lagi. Cabaran kali ini berbeza dari dahulu. Kita kali ini berpecah2. Dulu ramai boleh duduk semeja. Kali ini saya kena berjumpa wakil2 kita secara berasingan. Sebab itu melancarkan ini makan masa lama sikit sejak kes Dinesh . Gerak kerja kali ini agak berbeza dari dahulu. Saya harap kawan2 dapat terus bersama.

Bila masa sesuai nanti saya akan lancarkan seperti dahulu saudaraku sekalian. Sama seperti ICERD dahulu, ramai belum tahu apa dia doktrin ini dan implikasinya. Yang mengikuti saya, mungkin ada yang sudah memahaminya, tetapi di luar sana ia satu konsep yang “alien”/asing. Jadi satu penerangan meluas perlu dilakukan. Untuk berjaya seperti dahulu kita perlu bersatu hati tak kira politik. Pergerakan ini perlu merintangi politik saudaraku dan saya akan berjumpa across the divide.

Saya harap ramai dapat bersama saya seperti dahulu. Sokongan saudara amat saya hargai. Saudara Aidil dalam penggulungan beliau, memetik Hansard ketika pindaan perlembagaan 1988 dibentangkan di Parlimen. Memang jelas apa yang kita hadapi ketika itu sama dengan sekarang. Apa yang 40 tahun lalu berlaku kembali. Pindaan 1988 dibuat agar undang2 kita jelas supaya mahkamah akur kepada kesempadanan undang2. Mahkamah sivil sering “interfere” bidangkuasa shariah ketika itu dan menimbulkan ketidaktentuan. Samalah sekarang mahkamah bercelaru dalam percubaan mempertahankan doktrin ini. (Lihat posting Dinesh). Kita perlu bersama dalam membaiki/membetulkan keadaan kini.

Doakan saudaraku supaya cabaran2 ini dapat diatasi.

1661048458293.png
 
Mantap betul Tun Hanif ni
Memang seorang yang berpengetahuan luas dan kuasai undang-undang
 
tn TXT, secara asasnya polis ni banyak ilmu pasal undang undang
tu sebab polis ada yg sambung degree dlm kursus undang undang (LL.B) Hon.s

Polis yang kuasai undang-undang
Selalu nya KPN la
Memang amat berguna di pihak kerajaan jika ada isu pihak luar nak saman kerajaan
 
Boleh juga aku buat kesimpulan ringkas bahawa kita sedang dijajah oleh rakyat kita sendiri..

Sehalus2 perancangan mereka, mereka telah mendidik rakyat kita utk bersama mereka dlm membuat keputusan berkiblatkan kitab mereka sendiri..

RIP

Perancangan mereka memang halus
Pakai orang sendiri baru payah rakyat nak menentang
 
Lukman Sheriff​

3j ·

Alhamdulillah. Terima Kasih يوسفاريزال يوسف menerangkan konsep basic structure kepada Tok Guru dan kenapa ia menjadi masalah kepada negara kita. Lebih banyak penerangan akan diadakan dalam masa terdekat kepada khalayak ramai. Doakan kejayaan.
#TolakDoktrinBasicStructure
#BantahDoktrinBasicStructure

‎يوسفاريزال يوسف‎ sedang bersama Wan Rohimi dan​

5 yang lain​

.​

22j ·

SEPETANG BERSAMA AYAH CHIK

Alhamdulillah, saya bersama-sama rakan-rakan ADVOCS (Advocs Advance Vocal Sincere) berpeluang bersua mata dengan Ayah Chik, Tan Sri Tuanguru Haji Abdul Hadi Awang di Putrajaya petang semalam.

Saya sentiasa menanti peluang sebegini untuk mendengar bingkisan ilmu daripada Ayah Chik. Niatnya juga untuk memberi laporan ringkas tentang kes Mahkamah.

Saya terpanggil untuk menyuarakan kebimbangan saya tentang “doktrin basic structure” yang dipegang Mahkamah kebelakangan ini atas dasar mendaulatkan keagungan Perlembangaan Persekutuan dan pengasingan kuasa.

Lantas Ayah Chik terus menabur ilmu dengan mengatakan bahawa pengasingan kuasa ini telah lama dijelaskan oleh Islam. Ayah Chik menceritakan dua kisah sebagai contoh:-

Pertama
Apabila Rasulullah bermuamalah dengan seorang badwi untuk membeli sesuatu dan telah dipersetujui harganya, tiba-tiba Badwi tersebut mahu membatalkan jual beli tersebut kerana mendapat tawaran harga yang lebih tinggi daripada orang lain.

Rasulullah tidak bersetuju kerana mereka masih berada dalam majlis yang sama.

Justeru Baginda, selaku Ketua Negara dan Rasul yang lidahnya dipandu wahyu memohon sendiri untuk pertikaian tersebut diselesai dengan proses kehakiman. Maka berlakulah proses perbicaraan dihadapan orang ramai.

Kedua
Kisah berlaku ketika saidina Ali tercicir baju perisainya dalam perjalanan ke Siffin, dan diambil seorang Yahudi. Ketika saidina Ali pulang ke Kufah dari peperangan, beliau mendapati baju besinya ada di tangan Yahudi tersebut. Lantas saidina Ali menuntut Yahudi tersebut memulangkannya.

Pertikaian itu dibawa kepada hakim Syuraih. Saidina Ali berhujah bersandar kepada persaksian anaknya saidina Hasan dan Husin. Namun Hakim Syuraih menolak persaksian tersebut kerana persaksian anak terhadap bapanya tidak boleh diterima, walaupun saidina Ali menyatakan bahawa Hasan dan Husin adalah ahli syurga.

Akhirnya Yahudi itu mengakui bahawa dia telah mengambil baju besi milik Saidina Ali.

Kedua-dua kisah diatas sebagaimana diceritakan oleh Ayah Chik menjentik hati saya. Begitu sekali indahnya keadilan Islam, begitu sekali pentingnya kajian dan ilmu yang mendalam. Jauh sekali ilmu didada ini.

Perjumpaan berakhir dengan saya memperkenal kepada Ayah Chik NGO kecil kami ADVOCS. ADVOCS adalah sebuah NGO (masih dalam proses pendaftaran) untuk memperjuang advokasi isu-isu pendidikan, agama dan semasa. Kebanyakan ahli ADVOCS adalah peguam.

Semoga Ayah Chik diberi kesihatan yang baik untuk terus menitip ilmu kepada masyarakat. Perjuangan memahamkan masyarakat tentang keadilan Islam dibandingkan dengan doktrin-doktrin ciptaan barat adalah perjuangan yang panjang.

Sekurang-kurangnya kita menjadi mata rantai dihujung garisan untuk berkongsi semangat dan kudrat. Sudah tentu, perjalanannya penuh cacian dan makian.

Oh, ketika bercerita tentang peguam-peguam hebat dahulu termasuk Almarhum Prof Dr Ahmad Bin Ibrahim, pencetus pindaan Perkara 121(1A), Ayah Chik memberikan fakta yang tidak ramai tahu (saya sendiri tidak tahu) dan mengejutkan.

Prof Ahmad Ibrahim pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sekitar tahun 50-an.

Wallahualam
YUSFARIZAL BIN YUSSOFF

1661308449592.png

1661308457920.png

1661308473284.png

1661308481515.png

1661308525281.png

1661308535443.png
 
يوسفاريزال يوسف​

1j ·

CABARAN DEMI CABARAN TERHADAP PERKARA 121(1A) DAN PENGERTIAN “DOCTRINE BASIC STRUCTURE”

Sabtu lepas saya berpeluang bersama sahabat-sahabat saya Lukman Sheriff, Badruzzaman dan Aidil Khalid menyertai sesi libaturus dengan NGO-NGO Islam dan tokoh-tokoh negara yang hebat untuk membincang tentang “doctrine Basic Structure” dan kesannya kepada undang-undang negara.

Saya menjelaskan bahawa cabaran-cabaran terhadap Perkara 121(1A) telah dimulakan seawal ia digubal pada tahun 1988 dan berterusan hingga kini.

Niat asal pindaan Perkara 121(1A) cetusan Allahyarham Tan Sri Prof Dr Ahmad Ibrahim adalah untuk menyelesaikan konflik bidang kuasa kerana sebelum itu Mahkamah Sivil sering campurtangan isu syariah.

Perkara 121(1A) menyebut:-
“(1A) Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1)(Mahkamah Tinggi) TIDAKLAH MEMPUNYAI BIDANGKUASA berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah”

Cabaran dimulakan diperingkat pertama dengan mencabar tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan pihak berkuasa berkaitan isu agama.

Keputusan pengislaman dan pendaftaran mualaf seringkali dicabar di Mahkamah Sivil seperti kes Soon Singh (1992), Siti Hasnah Vengarama (2014) dan sebagainya.

Keputusan JPN tentang status Islam dalam kad pengenalan dicabar dalam kes Lina Joy (2007). Keputusan pendakwa syarie dicabar dalam kes Nik Raina (2015).

Keputusan Mahkamah Syariah tentang hak jagaan anak dicabar semula di Mahkamah Sivil dalam kes Subashini (2008).

Begitu juga keputusan Kementerian Dalam Negeri tentang penggunaan kalimah Allah dicabar dalam kes Titular Roman Catholic Archbishop (2014) dan Jill Ireland (2015).

Semua ini adalah cabaran-cabaran tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu agama Islam melalui SEMAKAN KEHAKIMAN kebanyakannya.

Langkah kedua yang lebih maju ialah cabaran terhadap Undang-Undang berkenaan hukum syarak pula. Di peringkat ini, undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri tentang Senarai Negeri yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dicabar di Mahkamah Sivil.

Dalam kes Sulaiman Takrib (Ayah Pin)(2009), Seksyen 10 Enakmen Terengganu tentang perlanggaran fatwa dicabar sebagai tidak sah kerana melanggar Perlembagaan.

Dalam kes Juzaili (2015), Seksyen 66 Enakmen Negeri Sembilan tentang pemakaian silang (cross dress) dicabar sebagai tidak sah.
Walaupun cabaran-cabaran sebegini dibuat sekitar 1992 - 2015, kita melihat Mahkamah rata-ratanya masih memutuskan dengan jelas bahawa kesemua perkara-perkara ini masih berada dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah menurut Perkara 121(1A)(kecuali kes Kalimah Allah). Mahkamah ketika tahun-tahun ini masih mempertahankan kedudukan Mahkamah Syariah.

Arah aliran (trend) terkini
Pada tahun 2018, dalam kes Indira Gandhi Mutho, cabaran dibuat terhadap Jabatan Agama Islam Perak dan Pendaftar Muallaf tentang pengislaman 3 kanak-kanak. Mahkamah Persekutuan melalui 5 orang Hakim memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa untuk menyemak tindakan pendaftaran keislaman 3 kanak-kanak tersebut, dan bukan Mahkamah Syariah.

Dalam kes Iki Putra (2021) pula, Seksyen 28 Enakmen Selangor tentang kesalahan liwat pula dicabar, dan Mahkamah Persekutuan memutuskan seksyen ini tidak sah kerana kesalahan liwat adalah jenayah yang berada dibawah kuasa Parlimen untuk digubal, bukan DUN. Bukan Mahkamah Syariah walaupun ia adalah kesalahan jenayah syariah.

Yang terbaru, dalam kes Sisters In Islam, Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dicabar di Mahkamah Persekutuan. Seksyen ini memberikan kuasa SEMAKAN KEHAKIMAN kepada Mahkamah Syariah untuk menyemak keputusan dan tindakan pihak berkuasa agama termasuk fatwa. Ia diisytihar oleh Mahkamah Persekutuan dengan kekuatan 9 orang hakim, sebagai tidak sah kerana “kuasa Semakan Kehakiman” adalah kuasa Mahkamah Sivil semata-mata berdasarkan “doctrine basic structure” dan TIDAK BOLEH DIBERIKAN kepada mana-mana pihak termasuk Mahkamah Syariah.

Ia sekaligus seolah-olah meletakkan Mahkamah Syariah sebagai rendahan daripada Mahkamah Sivil selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi (2018) yang menyebut:-
“As has been illustrated, civil and Syariah courts are distinct in nature and status: the former established under the Federal Constitution and vested with inherent judicial powers; whereas the latter are creatures of State legislation under the State List, and akin to INFERIOR TRIBUNALS (Tribunal rendahan)”

(Terjemahan ditambah)
Saudara,
Peringkat seterusnya cabaran-cabaran ini boleh jadi pelbagai. Tidak mustahil, setelah meletakkan Mahkamah Syariah sebagai tribunal rendahan, Artikel 121(1A) tersebut sendiri akan dicabar atas dasar “doctrine basic structure”.

“Doctrine Basic Structure” ini bermaksud, walau apapun undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau DUN termasuk pindaan Perlembagaan, ia boleh dibatalkan oleh Mahkamah Sivil sekiranya ia bertentangan dengan “basic structure” Perlembagaan. Takrif “basic structure” ini pula terpulang kepada Mahkamah yang banyak memandang kepada contoh luar seperti India dan Canada.

Contoh yang saya berikan tadi tentang kuasa Semakan Kehakiman yang tidak boleh diberikan kepada Mahkamah Syariah adalah salah satu “basic structure” yang diisytihar Mahkamah. Ia tidak terhad disitu.

Dalam sesi libaturus tersebut, ramai tokoh-tokoh menyuarakan apa yang berlaku hari ini seolah-olah seperti ingin kembali kepada situasi sebelum 1988, sebelum pindaan Perkara 121(1A). Mahkamah Sivil terlalu campurtangan isu agama. Ia adalah perkembangan yang terlalu bahaya dan menyedihkan.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi. Ia tidak dipertikaikan. Ia mengandungi asas pembentukan negara seperti institusi raja-raja, kedudukan bumiputera dan Bahasa Melayu, kedudukan Islam, dan juga hak-hak asasi yang termaktub mengikut acuan kita.

Mengimport “doctrine basic structure” yang terlalu mencapah dan tidak terikat kepada perkataan tersurat Perlembagaan Persekutuan adalah sangat berbahaya. Sebab itu kita perlu membantah aplikasi “doctrine basic structure” cedokan luar ini yang tidak terkawal.

Ya, sekiranya Parlimen menggubal undang-undang yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan raja-raja atau perkara asas lain yang termaktub, ia boleh dicabar. Tetapi bukan dengan cara yang berlaku sekarang.

Kerana ia bukan sahaja mengancam doktrin pengasingan kuasa dan seolah-olah menuju ke arah “judicial supremacy”, tetapi ia nampaknya semakin mengancam Perkara 121(1A) yang kita perjuangkan selama ini

Wallahu’alam
YUSFARIZAL YUSSOFF
#bantahdoktrinbasicstructure

1661407962970.png

1661408020460.png

1661408031764.png

1661408042316.png

1661408051992.png

1661408074776.png

1661408120238.png

1661408134300.png
 
Lukman Sheriff​

2j ·

Kenapa kita perlu bantah doktrin basic structure.

Saya syorkan saudaraku sekalian untuk membacanya supaya kita jelas apa yang berlaku di mahkamah.

Saya percaya (my fervent believe) Artikel 121(1A) akan jatuh kelak. Banyak kes2 shariah sekarang kita kalah. Konsep dualisma dimana muslim tertakluk kepada undang2 sivil dan shariah nampaknya makin tidak dipegang dan dihormati oleh mahkamah sivil. Makin banyak kesalahan jenayah shariah akan jatuh. Dan Doktrin ini membuat mahkamah tidak akauntable kepada rakyat dan mahkamah berkuasa /menjadi supreme. Di bawah doktrin ini kita tidak akan boleh gubal undang2 untuk membetulkannya seperti pindaan perlembagaan 1988 dimana Artikel 121 (1A) digubal. Malah doktrin ini sudahpun mengenepikan niat pindaan perlembagaan 1988 seperti hasrat parlimen.
Kita tiada pilihan saudaraku kecuali untuk menolak Doktrin ini.

#bantahDoktrinBasicStructure

Dah la hukum Islam tidak dapat dijalankan dalam negara ni
Sekurang-kurangnya orang Islam masih ada undang-undang syariah
Lepas ni andai Doktrin ni berjaya
Jahanam negara nanti
 
Back
Top
Log in Register