Semalam jam 6:49 PG ·
Wah terkejut saya. Saya tidak menjangka sudah ada balasan lagi terhadap isu ini. Setakat ini saya nampak kita sahaja yang membantahnya. Buat pada masa ini tuan2 dan puan, saya sedang membina konsensus luas. Nanti bila bersedia saya akan umumkan kelak.
Dari sudut lain saya rasa bersyukur alhamdullilah ada respons menunjukkan kepekaan kehakiman. Inilah antara objektif saya. Dan Ini baru suara kecil kita tuan puan. Kalau ramai lagi bersuara barulah satu kemuafakatan pendirian yang jitu dan dihormati wujud. Saya harap ramai lagi akan bersama kelak.
Berikutan berita ini ada kemungkinan media english mungkin akan mengarusperdanakan isu ini dengan memanggil pelbagai validators terutamanya dari kiri. Saya harap kita istiqomah. Bantahan kita ini amat perlu dibuat demi keutuhan masa hadapan negara tuan2 dan puan2.
Untuk menjawap lapuran akhbar ini, with due respect to YAA ketua hakim negara, bantahan dan tentangan saya terhadap doktrin ini adalah kerana ia arbitrari sebagai undang2 dan ini merbahaya. Precedent doktrin yang dinyatakan oleh YAA ini wujud berdasarkan kes mahkamah yang baru yang mana selama berpuluh2 tahun sebelum ini, hakim2 terkemuka dan Agung kita seperti Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian, Tun Abdul Hamid dan sebagainya telah menolak doktrin basic structure ini. Doktrin ini adalah doktrin dari India yang diimport masuk oleh mahkamah tertinggi kita sejak sekitar 2018.
Doktrin ini mengubah asas perlembagaan kita. Di bawah perlembagaan apabila Parlimen dan di mana berkenaan, Majlis raja2 meluluskan undang2 ia mesti diikuti oleh mahkamah. Ini pengasingan kuasa yang kita pegang selama ini. Tetapi doktrin ini menyatakan sebaliknya. Hakim berhak menolaknya atas alasan ia bertentangan dengan doctrine basic structure. Apakah dia basic structure dan skop ini yang dicadangkan mahkamah? Tiada siapa tahu pada masa ini dengan jelas. Kita bergantung sepenuhnya kepada hakim2. Ini amat merbahaya tuan2 dan puan2. Undang2 kita mestilah dan hendaklah jelas dan nyata terutamanya berkenaan perlembagaan. Doktrin ini tidak jelas, arbitrari dan kita semua tertakluk kepada pendirian hakim.
Bantahan saya, tuan2 dan puan2 adalah atas dasar prinsip dan ianya tidak betul. Our country is at stake. Bila masa sesuai tuan2 dan puan2, saya akan umumkannya. Wassalam