BTC USD 86,123.1 Gold USD 4,158.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Bila bertunjangkan agama
Mereka tidak akan jadi liberal walau agama apa sekali pun

ye tepat tn TXT, klu dia jenis religious
ikut lah jenis agama pun, dia tahu nak respect agama
Melainkan tidak beragama atau tidak mengamalkan ajaran agama
betul, yg ni takde langsung regard pada agama
agama takde langsung kedudukan dlm keputusan siorang
ada separation yg jelas agama dan undang undang
diorang taknak langsung campur atau pertimbangkan unsur unsur agama dlm perundangan
 
ye tepat tn TXT, klu dia jenis religious
ikut lah jenis agama pun, dia tahu nak respect agama

betul, yg ni takde langsung regard pada agama
agama takde langsung kedudukan dlm keputusan siorang
ada separation yg jelas agama dan undang undang
diorang taknak langsung campur atau pertimbangkan unsur unsur agama dlm perundangan

Golongan liberal ni biasanya akan jadi sekular sebab akan buat pengasingan agama daripada urusan perundangan
 
komen pembaca

9C111970-A856-4536-BE84-4D250F8EBFF4.jpeg


C8254CC9-29B0-4A9C-A19B-BF8E77B66362.jpeg

8A78E780-1B8E-4F97-81AA-63E59B10CCAE.jpeg
 

Lukman Sheriff​

22 Mei jam 6:07 PG ·

Ringkasan basic structure doctrine

1. Doktrin ini ada dua ciri: hakim tentukan apakah dia asas (basic structure) perlembagaan. Keduanya kalau hakim sudah tentukan apakah dia asas perlembagaan, Parlimen tiada kuasa menggubal atau meminda undang2.

2. Doktrin ini adalah undang2 baru yang dibuat oleh mahkamah persekutuan sekitar 2018. Sejak merdeka doktrin ini ditolak bertahun2 oleh hakim2 terulung kita termasuk Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid.

3. Kenapa ditolak sebelum ini? Kerana ia doktrin asing yang tidak termaktub di dalam perlembagaan. Perlembagaan jelas dengan pengasingan kuasa Parlimen, eksekutif dan kehakiman. Kalau hampir semua rakyat, ahli Parlimen dan Majlis Raja2 mahu dan meminda perlembagaan, pindaan itu adalah sah mengikut hakim2 terulung kita. Tetapi sejak 2018, hakim2 telah meletak syarat baru luar perlembagaan bahawa ia tidak sah sekiranya hakim menentukan ia adalah asas perlembagaan/ basic structure.

4. Apa masalah dengan itu? Hakim dan bukan Parlimen yang menentukan apakah asas/basic structure perlembagaan. Undang2 dengan itu menjadi arbitrari mengikut kecenderungan hakim. Sebab itu sehingga kini tiada siapa tahu apakah skop doctrine basic structure ini. Tiada siapa tahu apa kriteria basic structure. Menjadi arbitrari.

5. Undang2 sepatutnya jelas dan nyata. Ia sepatutnya refleksi “the will of the people”/ kehendak rakyat. Sebab itu asas dalam konsep pengasingan kuasa perlembagaan, Parlimen yang membuat undang2. Wakil rakyat dilantik untuk menyuarakan suara dan kehendak rakyat.

Walaupun kita kecewa dengan politik kita, inilah satu2nya cara demokrasi kita dan sedunia berjalan. Sekiranya Parlimen membuat undang2 yang bertentangan dengan kehendak kita, kita ada pilihan untuk untuk menukar mereka. Banyak kerajaan pernah jatuh di dunia apabila rakyat menentang undang2 yang bercanggah dengan kehendak rakyat.

6. Apa masalah kalau hakim menentukannya? Selama ini kalaulah rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang bersifat umum, konsep pengasingan kuasa kita membenarkan ianya diperbetulkan oleh Parlimen. Misalnya kalau mahkamah menentukan bahawa perkahwinan sejenis dibenarkan atas dasar human rights, Parlimen boleh menggubal undang2 mengatasinya selagimana mengikut proses penggubalan perlembagaan. Ini dibenarkan dan merupakan asas dan “check and balance” yang dibenarkan dalam perlembagaan kita.

8. Tetapi doktrin basic structure mahkamah ini menukarkannya. Ia menjadikan mahkamah lebih berkuasa. Mahkamah menentukan undang2 mengikut kecenderungan mereka. Dan setelah menentukan undang2, keputusan mereka tidak boleh dicabar atau di atasi oleh mana2 badan lain. Jadi sekiranya hakim2 menetapkan bahawa human rights acuan liberal adalah asas perlembagaan, ia bakal menjadi undang2 kekal. Ini amat bahaya. Sudahlah undang2 doktrin ini arbitrari mengikut kecenderungan hakim, ia tidak boleh diubah jika rakyat mahukannya. Keputusan mahkamah ini tiada akauntabiliti. Mahkamah menjadi “supreme” dalam perkara ini. Kuasa mutlak sebegini tidak pernah diperuntukkan dalam perlembagaan. Ini bakal menimbulkan pertembungan besar antara rakyat dan mahkamah yang boleh menjurus kepada ketidaktentuan atau huru hara.

9. Lagipun pula, perlembagaan menetapkan dengan jelas pemegang taruh dalam membuat undang2. Untuk menggubal undang2, majoriti di Parlimen diperlukan. Untuk meminda perlembagaan, 2/3 majoriti diperlukan dan untuk meminda sesetengah peruntukan perkenan Raja2 kita pula diperlukan. Inilah asas perlembagaan dan pengasingan kuasa kita. Jadi kalau hampir semua rakyat dan Parlimen serta Raja2 kita memberi perkenan, sepatutnya ia wajib menjadi undang2. Ini will of the people. Tiba2 doktrin basic structure ini mengatakan mahkamah berhak menolaknya berdasarkan kecenderungan pendirian mereka. Bukankah ini anti demokratik?

10. Pendokong tegar doctrine ini adalah Datuk Gopal Sri Ram. Di mahkamah persekutuan pula antara pendokong kuat doctrine basic structure ini berdasarkan keputusan2 mahkamah adalah YAA ketua hakim negara Tun Tunku Maimun dan YA Datuk Nallini.

11. Kita akur mahkamah dan hakim2 adalah independent dan bebas. Kita tiada kuasa campurtangan urusan mahkamah. Tetapi sebagai rakyat kita ada hak menyuarakan kebimbangan dan bantahan kita terhadap doktrin ini. Terutamanya apabila doktrin ini menjadikan undang2 kita arbitrari, tidak menentu dan bakal merubah nilai budaya kita mengikut kecenderungan hakim. Menyuarakan penolakan doktrin ini adalah kebebasan hak asasi bersuara kita. Kita mahu hakim2 dan parlimen tahu bahawa kita tidak bersetuju dan menolak doktrin basic structure mahkamah ini.

12. Dari di atas, jelas doktrin basic structure mahkamah ini anti demokratik. Ia mewujudkan undang2 arbitrari, tidak menentu dan tertakluk kepada kecenderungan hakim2. Ia menjangkaui perlembagaan dan mengambil alih kuasa membuat undang2 dari Parlimen dan mengatasi perkenan Raja2 kita. Ia sebenarnya mengubah asas perlembagaan. Maka dengan itu kita mahu kembalikan perlembagaan kita sepertimana hakim2 ulung kita dari Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid pertahankannya. Kita mahu “the will of the people prevail and respected over the will of the selected few”. Kita mahu suara dan kehendak rakyat dihormati dan menolak “Judicial supremacy”.

13. Mari bangkit saudaraku sebelum doktrin ini mencengkam ketat undang2 dan nilai budaya kita.

PS: kita jangan serang personaliti hakim. Ini tidak betul. Tetapi berhak membantah keputusan2 doktrin undang2 ini.
 

Hakim terikat dengan prinsip undang-undang sedia ada - Tengku Maimun​

Jun 18, 2022 @ 3:45pm
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika berucap pada Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, hari ini. - Foto BERNAMA
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika berucap pada Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Badan kehakiman hanyalah mempertahankan fungsi kehakimannya dengan mengikuti duluan atau precedent yang sudah ditetapkan dalam membuat keputusan mengenai isu perlembagaan, kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata, mungkin ada sesetengah pihak berpendapat bahawa badan kehakiman itu lebih berkuasa berbanding sebelumnya berikutan keputusan mengenai isu perlembagaan yang dibuat badan itu kebelakangan ini.

Tengku Maimun berkata, dalam melaksanakan tugas kehakiman, hakim di Malaysia terikat dengan prinsip undang-undang sedia ada.
"Sama ada seseorang hakim itu mengguna pakai atau tidak prinsip-prinsip tersebut, tidak bermakna dia seorang yang liberal atau konservatif. Pada pandangan saya, hanya ada keputusan koheren secara undang-undang atau tidak koheren - bukan keputusan liberal atau konservatif," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Tun Md Raus Sharif serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Memetik beberapa kes precedent terbaru antaranya kes Semenyih Jaya dan Indira Gandhi yang diputuskan masing-masing pada 2017 dan 2018, Tengku Maimun berkata, kedua-duanya diputuskan secara sebulat suara oleh lima hakim, sebelum beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

"Selanjutnya, terdapat kes yang ketiga iaitu kes Alma Nudo Atenza pada 2019 yang juga telah diputuskan secara sebulat suara oleh sembilan hakim Mahkamah Persekutuan iaitu prinsip undang-undang perlembagaan yang diputuskan dalam kes Semenyih Jaya dan Indira Gandhi telah diperkukuhkan.

"Prinsip-prinsip yang telah diputuskan melalui ketiga-ketiga kes di atas, yang sering kali disebut sebagai trilogy of cases adalah selari dengan pemahaman saya, yang sedikit sebanyak terbentuk hasil pelajaran yang saya peroleh di fakulti ini," katanya.

Tengku Maimun turut menekankan prinsip perundangan yang diterapkan dalam dirinya sepanjang empat tahun pembelajaran di Fakulti Undang-Undang UM dan sepanjang perjalanan kerjayanya.

"Prinsip-prinsip ini termasuk prinsip keadilan tanpa berat sebelah dan sebagai seorang hakim, kebebasan untuk membuat keputusan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan lunas undang-undang tanpa apa-apa tekanan atau pengaruh dalaman atau luaran.
"Ini juga selari dengan sumpah Jawatan dan Taat Setia seorang hakim iaitu untuk sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia," katanya.

Sementara itu, Tengku Maimun turut mengimbau kenangan beliau ketika bergelar mahasiswi fakulti tersebut bermula tahun 1978, sebelum menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

Menyingkap kenangan di fakulti itu, Tengku Maimun berkata beliau mempelajari banyak perkara, bukan sekadar dari sudut undang-undang tetapi juga nilai dan prinsip kehidupan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membentuk pemahaman perundangan saya hari ini," katanya. – BERNAMA


 

‘Neither liberal nor conservative, just a matter of precedent’​


June 18, 2022 12:06 AM

CJ-TENGKU-MAIMUN-TUAN-MAT-10012020-09.jpg


Chief Justice Tengku Maimun Tuan Mat says a “trilogy of cases” had shaped recent understanding of constitutional law.

KUALA LUMPUR: The judiciary is merely defending its judicial functions by using precedents to decide on constitutional issues, Chief Justice Tengku Maimun Tuan Mat said today.

She said there may be some who think that the judiciary was now more powerful than before following recent decisions on constitutional issues.

However, in performing their judicial duties, judges in Malaysia are bound by existing legal principles, Tengku Maimun said.
“Regardless of whether a judge applies these principles or not does not mean that he or she is a ‘liberal’ or ‘conservative’. In my view, there are only legally coherent or incoherent decisions – not liberal or conservative decisions,” she said in a speech at the golden jubilee celebrations of University Malaya’s law faculty.



Citing several recent precedent cases, including the Semenyih Jaya and Indira Gandhi cases in 2017 and 2018 respectively, Tengku Maimun said both were decided unanimously by five judges, before she was appointed as a Federal Court judge.

“And then there is a third case, the Alma Nudo Atenza case in 2019 which was also decided unanimously by nine Federal Court judges where the principles of constitutional law decided in the Semenyih Jaya and Indira Gandhi cases were strengthened.

“The principles that have been decided through the three cases above, which are often referred to as the ‘trilogy of cases’ are in line with my understanding, which more or less was formed from the lessons I gained in this faculty,” she said.

Tengku Maimun also spoke of the legal principles instilled in her during her four years of study at the UM Law Faculty and also throughout her career.

“They include the principle of judicial impartiality and as a judge, freedom to make decisions in accordance with the Federal Constitution and the rule of law without any internal or external pressure or influence.

“This is also in line with the oath of office and allegiance of a judge, which is to always preserve, protect and defend the Malaysian Constitution,” she said.

Tengku Maimun also recalled her days as an undergraduate at the faculty beginning in 1978, before receiving her Bachelor of Laws in 1982.

Tengku Maimun said she learned many things, not only from a legal point of view but also the values and principles of life, and thanked her lecturers who gave her a lot of guidance and shaped her understanding of the law.

 
Org liberal xkn ngaku dia liberal tp tindakan dn keputusan dia org dh tau....
setuju betul

ni Tun Maimun, dan grup Hakim Mahkamah Persekutuan yg dilantik oleh Tun M kebanyakannya liberal, saya honestly banyak gak tak setuju dengan keputusan diorang
dah jadi semacam trend lak akhir akhir ni dengan keputusan mahkamah yg tak dijangka
honestly mmg terkejut sebab keputusan lain dari lain

biasa saya boleh jangka gitu gini, yg dengan Tun Maimun saya takleh jangka
 
setuju betul

ni Tun Maimun, dan grup Hakim Mahkamah Persekutuan yg dilantik oleh Tun M kebanyakannya liberal, saya honestly banyak gak tak setuju dengan keputusan diorang
dah jadi semacam trend lak akhir akhir ni dengan keputusan mahkamah yg tak dijangka
honestly mmg terkejut sebab keputusan lain dari lain

biasa saya boleh jangka gitu gini, yg dengan Tun Maimun saya takleh jangka
Tambah Pak long mail lemah....auto kerajaan lemah....so org mcm depa2 nie akan berani buat percaturan lg
 
Back
Top
Log in Register