1m ·
Bantahan Doktrin Basic Structure
Saya rasa sudah tiba saya mulakan gerakan membantah Doktrin basic structure.
Kepada yang sudah lama mengikuti saya, bantahan ini tiada kaitan dengan kes DSN. Saya membantah doktrin ini sejak 2018. Saya rasa tidak sesuai dilancarkan gerakan ini sebelum kes tersebut selesai. Tetapi saya perlu juga mulakan sekarang kerana tingkap yang ada adalah PRU15. Hanya masa inilah pada pandangan saya orang2 politik mendengar kita. Setelah PRU15 saya tidak nampak tingkap yang boleh pengaruhi mereka sehingga beberapa tahun lagi.
Saya rasa amat perlu doktrin ini ditolak. Ia merbahaya kepada negara kita. Doktrin basic structure yang dicedok dari India ini ditentang bukan sebab saya menolak kewujudan struktur asas perlembagaan. Tetapi kerana mengikut doktrin ini struktur asas perlembagaan ditentukan sepenuhnya oleh badan kehakiman. Setelah mahkamah menentukannya pula, kita tiada ruang membetulkannya. Dengan erti kata lain, doktrin ini menidakkan hak kita menentukan apakah struktur asas perlembagaan. Ini memberi kuasa terlampau besar kepada kehakiman dan bercanggah dengan pengasingan kuasa kita.
Doktrin ini sudah ditolak lebih 60 tahun oleh mahkamah tertinggi kita termasuk Hakim2 Agung seperti Almarhum sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul hamid. Sudah tiba kita kembali kepada asal.
#tolakDoktrinBasicStructure
#BantahDoktrinBasicStructure