BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

14200258356377237-386456.jpg

14200258356377237-386457.jpg

14200258356377237-386458.jpg

14200258356377237-386459.jpg

14200258356377237-386460.jpg


GEMPAR ULAR SAWA NAIK LORI!!😱


Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 7.41 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi hanya dua minit kemudian. Insiden berlaku di sebuah kediaman di No. 1556, Jalan SK 12/2, kira-kira 10 kilometer dari balai.

Menurut Komander Operasi, PBK II Khairulawadi bin Yajid, hasil pemeriksaan awal (size-up) mendapati seekor ular sawa berada di bahagian enjin sebuah lori yang diparkir di kawasan tersebut.

ā€œAnggota bertindak menggunakan peralatan khas iaitu penjerut untuk menangkap reptilia berkenaan dengan selamat,ā€ katanya ketika dihubungi.

Pihak bomba menasihatkan orang ramai agar tidak cuba menangkap sendiri haiwan berbisa atau liar dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berdepan situasi berbahaya.

#BombaSeriKembangan
 
14205815340366293-388644.jpg

14205815340366293-388645.jpg

14205815340366293-388646.jpg

14205815340366293-388647.jpg


ULAR CINCIN EMAS DITEMUI BAWAH PETI AIS! APM BERTINDAK PANTAS


Anggota menjalankan pemeriksaan di dalam rumah pengadu dan menemui seekor ular cincin emas sepanjang kira-kira 1 meter yang bersembunyi di bawah peti ais, sebelum berjaya ditangkap dengan selamat.

Operasi selesai sepenuhnya tanpa sebarang insiden dan semua anggota kembali ke PKOD dengan selamat.

APM Sarawak
Jabatan Perdana Menteri
Mohtar Samat
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Pusat Pertahanan Awam Sarawak

UNIT PERHUBUNGAN DAN DOKUMENTASI APM TANJUNG MANIS

Sumber APM Tg Manis
 


Nasib baik kau mat. Kalau dia baham telur kau..
 
5a8e0eded4ecf6e1bc8847782d8a549760ea9d8173de5


Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki yang tular di media sosial susulan rakaman video memaparkan suspek ditarik dari motosikal sebelum kepalanya dipijak oleh anggota polis dalam kejadian di Jalan Tunku Putra di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata siasatan awal mendapati anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah telah menahan suspek di Jalan Sungai Ular kira-kira 11 pagi tadi.

ā€œSemasa polis cuba menahan suspek, berlaku pergelutan apabila suspek bertindak melawan anggota dengan menendang motosikal milik anggota polis sebelum melarikan diri.

ā€œSuspek menunggang motosikal secara melulu, melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, anggota polis melancarkan usaha mengesan suspek sejauh kira-kira lima kilometer sebelum berjaya menahannya di lokasi kejadian yang tular.

ā€œHasil pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang suspek menemukan dua bungkusan plastik lut sinar disyaki mengandungi air rebusan daun ketum,ā€ katanya.

Tengku Mohd Faisal berkataĀ ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata suspek berusia 32 tahun yang mempunyai satu rekod jenayah lampau telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman esok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



14215650785709981-392045.jpg

14215650785709981-392046.jpg


Ini banjir kilat terburuk - Peniaga Gerai Selera Jaya 223

Petaling Jaya: "Sepanjang hampir 30 tahun berniaga di sini, banjir kilat kali ini adalah bencana paling buruk yang pernah menimpa kami.

"Bukan sehari gerai di sini dilanda banjir, malah tiga hari berturut-turut kedai dimasuki air sehingga paras dada," kata Dasuki Mat Jusoh, peniaga di Gerai Selera Jaya 223, di sini.

Menceritakan kejadian itu, Dasuki, 58, berkata, banjir kilat pertama di kawasan itu berlaku pada Sabtu lalu selepas hujan lebat bermula kira-kira 3 petang.

"Dalam tempoh tidak sampai sejam, air mula naik sehingga paras pinggang sebelum surut jam 6 petang. Kejadian sama berulang pada Ahad ekoran hujan lebat pada waktu petang.

Disyorkan
"Tambah merunsingkan apabila kejadian sama berulang pada petang Isnin lalu susulan hujan lebat dengan air naik sehingga ke paras dada," katanya ketika ditemui di gerai berkenaan, hari ini.

Dasuki berkata, kejadian itu menyebabkannya mengalami kerugian dianggarkan kira-kira RM3,000 apabila banyak barangan miliknya rosak.

"Banyak bekalan makanan saya rosak termasuk enam kampit beras dan tong gas. Terdapat beberapa barangan lain seperti sos cili serta kicap pula hilang akibat dihanyutkan air.

"Selain itu, saya juga terpaksa menanggung kerugian lain apabila motosikal serta kereta saya yang diletakkan di belakang premis rosak akibat dimasuki air," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah membuat beberapa aduan berhubung keadaan longkang yang tersumbat dan sempit di kawasan itu kepada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Ini bukan kali pertama kawasan ini dilanda banjir kilat, malah ia kerap berlaku sejak 2020. Sejak itu, kami sudah membuat beberapa aduan kepada MBPJ, namun belum ada tindakan diambil.

"Justeru, saya harap akan ada tindakan diambil pihak berkaitan bagi membantu peniaga kecil seperti kami yang terpaksa menanggung kerugian besar setiap kali banjir kilat," katanya.


"Setiap kali banjir kilat, peralatan serta makanan berniaga rosak selain barangan elektrik seperti peti sejuk, periuk nasi dan lain-lain.

"Saya sendiri sudah enam kali ganti peti sejuk akibat rosak dalam beberapa insiden banjir kilat sejak 2020. Itu belum lagi barang kecil seperti pinggan mangkuk yang hilang akibat dihanyutkan air," katanya.

Rohani berkata, dia dan suaminya, Ozaman Sulaiman, 63, juga terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan kereta dalam kejadian banjir kilat, Isnin lalu.

"Saya sudah hampir 30 tahun berniaga di sini. Jika dulu, banjir kilat hanya paras buku lali. Kini, hujan lebat sekejap sahaja, air dah sampai paras dada.

"Bagaimana peniaga kecil seperti kami nak tanggung kerugian akibat bencana alam ini tanpa sebarang bantuan daripada pihak berkaitan?" soalnya.

Sementara itu, seorang peniaga, Sapiah Mohd Gazi, 61, dia terpaksa melihat sahaja nasi lemak yang dijualnya hanyut dibawa arus air dalam kejadian terbabit.

"Saya buka kedai setiap hari jam 3 petang. Meskipun kedai dilanda banjir pada Sabtu, saya tetap membuka kedai seperti biasa keesokan harinya (Ahad)

"Namun, hari kedua juga kedai dilanda banjir (kilat). Belum habis rasa penat mengemas kedai pada Ahad, kedai dilanda banjir lagi pada Isnin

"Setiap kali itu juga saya hanya mampu melihat nasi lemak yang dijual dihanyut arus air. Saya terpaksa keluar dari kawasan kedai selepas melihat kelibat ular dan biawak ketika itu," katanya


Sapiah memohon supaya pihak berkaitan membantu peniaga di kawasan berkenaan menyelesaikan isu banjir kilat yang kerap melanda semasa hujan lebat


Terdahulu, beberapa video memaparkan keadaan banjir kilat melanda Gerai Selera Jaya 223, Isnin lalu yang tular di media sosial

Nurul Hidayah Bahaudin
Artikelāž”ļø Harian Metro
 
0daba18624fe49e18be4fc1cc10a28bb69ec88b3e3ec1


Nilai keseluruhan sitaan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman NegaraĀ (Perhilitan) sejak 2019Ā hingga 2025 dianggarkan mencecah RM398.6 juta.

Perhilitan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, angka itu meliputi pemusnahan sebanyak 2,838 jerat hidupan liar dan 874 tapak khemah haram.

"Sepanjang tempoh pelaksanaan OBK dari tahun 2019 hingga 2025,Ā sebanyak 834 kertas siasatan telah dibuka dengan tangkapanĀ sebanyak Ā 1,198 individu, terdiri daripada 904 rakyat MalaysiaĀ dan 294 warga asing," menurut kenyataan itu.

OBK ialah inisiatif strategik kerajaan dalam membanteras jenayah berkaitan pencerobohan hutan, pembalakan haram, kecurian hasil hutanĀ negara dan pemburuan hidupan liar.

Pelaksanaan OBK selaras dengan peruntukan di bawah Akta PemuliharaanĀ HidupanĀ Liar 2010 [Akta 716]Ā dan undang-undang berkaitan.

Mengambil contoh beberapa kes yang diselesaikan jabatan itu, pada 4 April lepas satu aktiviti penyeludupan melibatkan warga Vietnam berjaya ditumpaskan dengan rampasan bahagianĀ dan organ hidupan liar, termasukĀ harimau, hempedu beruang, ular sawa dan primat, yangĀ dianggarkan bernilai RM36.8 juta.

"Selain itu, Sarawak Forestry Corporation dan polis juga berjayaĀ mematahkan cubaan penyeludupan pada Januari lepas melibatkanĀ 10 kontena rotan bernilai RM2.5 juta, yang dipercayai dibawa masukĀ dari Kalimantan untuk dieksport ke luar negara," menurut Perhilitan.

Kesemua kejayaan berkenaan hasil komitmen tinggi danĀ kerjasama erat antara semua agensi dan pendekatanĀ bersepadu itu diyakini mampu memberikan impak signifikan, serta menghantar mesej jelas bahawa Malaysia tidak akan berkompromiĀ terhadap sebarang bentuk jenayah yang mengancam khazanahĀ negara.

"Kerajaan Malaysia memandang serius aktiviti pemburuanĀ haram hidupan liar dan pencerobohan kawasan perlindungan, sertaĀ tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," menurut Perhilitan.

 
14218284558908157-392910.jpg

14218284558908157-392911.jpg

14218284558908157-392912.jpg

14218284558908157-392913.jpg

14218284558908157-392914.jpg


KING COBRA 4 METER MENGGANAS DI STOR BAJA, SKUAD BRAVO TANGKAP DALAM OPERASI PANTAS!



Bertindak atas maklumat tersebut, Skuad Bravo telah dikerahkan ke lokasi kejadian. Seramai empat (4) anggota terlibat dalam operasi tersebut dan berjaya mengawal keadaan dengan cekap serta profesional.

Ular tedung selar sepanjang kira-kira 4 meter dengan anggaran berat 23 kilogram itu berjaya ditangkap menggunakan tiga (3) penjerut sebelum dimasukkan ke dalam karung khas untuk tujuan keselamatan.

Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan dengan situasi berbahaya seperti ini.

Sumber Apm Sandakan
 
14222293704732749-394444.jpg

14222293704732749-394445.jpg

14222293704732749-394446.jpg

14222293704732749-394447.jpg

14222293704732749-394448.jpg


BANTUAN MENANGKAP HAIWAN BERBISA (ULAR)

03 Mei 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat Tambun telah menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran seekor ular di kawasan perumahan Taman Tambun, Ipoh, Perak.

Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan di sekitar kawasan yang dilaporkan. Namun, ular tersebut gagal dikesan dan dipercayai telah beredar dari lokasi kejadian.

Pasukan bomba telah memberikan nasihat keselamatan kepada pemilik rumah serta penduduk sekitar agar sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pihak bomba sekiranya terdapat sebarang ancaman haiwan berbisa.

#BombaTambun
 
394755-394755.jpg


Ular sawa 14 kaki muncul di halaman rumah, APM Spaoh bertindak pantas

SPAOH: Kehadiran seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira 14 kaki mengejutkan penduduk di Kampung Hulu Serembang di sini ketika mereka sedang sibuk mengemas halaman rumah pagi tadi.


Menurut beliau, kejadian itu disedari apabila jiran pengadu melihat kelibat reptilia besar tersebut sedang menjalar di kawasan halaman rumah semasa aktiviti pembersihan dijalankan.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penghuni rumah serta penduduk sekitar, sekali gus mendorong permohonan bantuan segera daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Susulan laporan diterima, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Spaoh telah menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari pejabat operasi.



Operasi tersebut berjaya apabila ular sawa berkenaan ditangkap sepenuhnya pada 11.45 pagi sebelum dibawa ke PKOD untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, pihak APM menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap kehadiran haiwan liar terutama di kawasan semak dan segera menghubungi talian kecemasan sekiranya berdepan situasi berbahaya.

Orang ramai diingatkan supaya tidak bertindak sendiri dalam situasi melibatkan haiwan berbisa dan boleh menghubungi APM Spaoh di talian 083-473006 atau talian kecemasan 999 sekiranya berlaku kecemasan.

Utusan Sarawak
 

14229049809045253-397083.jpg

14229049809045253-397084.jpg

14229049809045253-397085.jpg

14229049809045253-397086.jpg


Ular sawa 'jumbo' 5 meter dalam kebun getah


BALING: Angkatan Pertahanan Awam (APM) menangkap ular sawa batik 'jumbo' sepanjang lima meter dalam kawasan semak di kebun getah, Kampung Ketemba Luar, di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan penemuan ular bersaiz besar itu jam 12.08 tengah hari tadi.

"Ular sawa sepanjang kira-kira lima meter dengan anggaran berat 80 kilogram dapat ditangkap tanpa membabitkan sebarang kecederaan kepada orang awam mahu pun anggota operasi.

"Ular sawa itu agak agresif ketika anggota APM cuba menangkapnya menggunakan peralatan khas seperti penjerut namun dengan kemahiran yang ada, anggota kami berjaya mengawalnya.

"Ular sawa itu berkemungkinan lapar dan berlindung di kawasan kebun getah itu disebabkan cuaca tidak menentu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Faizol berkata, ular sawa berkenaan telah dipindahkan dari kawasan berkenaan untuk tindakan lanjut.

Hingga kini, APM Daerah Baling merekodkan 280 kes tangkapan ular pelbagai spesies bermula Januari hingga sekarang yang membabitkan kawasan perumahan, kebun, premis awam dan kawasan kampung sekitar daerah ini.

"APM menasihatkan orang awam supaya tidak menghampiri atau cuba menangkap sendiri haiwan liar sekiranya ditemui," katanya.

Artikel Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register