BTC USD 83,352.1 Gold USD 4,161.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

14319576912086533-426814.jpg

14319576912086533-426815.jpg


Ular sawa batik 2.1 meter menyorok dalam enjin kereta

Utusan Sarawak
September 20, 2026

ROBАN: Seorang lelaki berusia 56 tahun berdepan detik cemas selepas seekor ular sawa batik sepanjang 2.1 meter ditemui bersembunyi di dalam ruang enjin keretanya di Bratong, Roban, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.20 pagi yang memaklumkan terdapat kelibat seekor ular di dalam enjin kenderaan milik pengadu.

Menurutnya, tiga anggota APM Saratok kemudiannya bergerak ke lokasi pada 11.22 pagi dan tiba kira-kira 30 minit kemudian, sebelum operasi menangkap reptilia berkenaan dijalankan.

“Setibanya di lokasi, ketua skuad memastikan semua anggota memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) sebelum operasi dimulakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati benar terdapat seekor ular sawa batik di dalam ruang enjin kereta milik pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga anggota APM yang terlibat berjaya menangkap ular berkenaan menggunakan teknik menjerut dengan bantuan peralatan khas.

“Ular sawa batik sepanjang kira-kira tujuh kaki itu berjaya ditangkap dengan selamat,” katanya.

Operasi yang melibatkan tiga anggota APM Saratok itu selesai pada 12.00 tengah hari. Jarak perjalanan sehala ke lokasi kejadian adalah kira-kira 25 kilometer.

Operasi berkenaan turut menggunakan sebuah kenderaan persendirian serta peralatan seperti penjerut, penyepit ular, sarung tangan dan kelengkapan keselamatan lain.

Leftenan Nur Athirah turut menasihatkan orang ramai supaya tidak cuba menangkap reptilia sendiri dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berdepan situasi serupa demi keselamatan semua pihak.

Orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok di 083-436094 atau 083-437008 bagi melaporkan sebarang kejadian kecemasan.

Artikel Utusan Sarawak
 


Bila jumpa ular ni jangan sesekali pegang atau sentuh kerana ular ni berbisa dan beracun, sekarang dah banyak kes ular ni masuk dalam kawasan rumah, berhati-hati rumah yang berdekatan dengan kawasan bukit dan sumber air

Kredit ➡️ FARID SQUAD KING COBRA
 




Dua ular tedung selar ditangkap dalam rumah penduduk



SIK: Dua ular spesies tedung selar (King Cobra) masing-masing sepanjang tiga dan empat meter ditangkap di dua lokasi berasingan dalam tempoh kira-kira 30 minit di daerah ini, semalam.

Pengerusi Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abd Hamid berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Tala apabila ular tedung sepanjang kira-kira tiga meter ditemui berada dalam kolah air di sebuah rumah penduduk.

Beliau berkata, kehadiran haiwan berbisa itu disedari anak pemilik rumah ketika mahu masuk ke bilik air untuk mandi ketika solat Maghrib.

“Anak pemilik rumah yang terserempak ular itu dalam kolah sebelum terus melarikan diri dan menghubungi kami sebelum dapat menangkap haiwan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mahadzir berkata, sebaik selesai menangkap ular yang pertama, pihaknya menerima pula panggilan berkaitan ular kedua di sebuah rumah di Kampung Gajah Putih, kira-kira 30 minit perjalanan dari lokasi pertama.

Katanya, ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter itu ditemui bersembunyi dalam bilik tidur yang dipenuhi barangan milik penghuni rumah.

“Haiwan berkenaan sedang menyembunyikan diri dan kami terpaksa mengalihkan dan memunggah barang-barang dalam bilik berkenaan selama kira-kira 15 minit sebelum mengesan kedudukannya dan menangkapnya,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kejadian berkenaan menunjukkan peningkatan kes penemuan ular sejak kebelakangan ini, malah pihaknya menerima laporan hampir setiap hari.

“Kes ular ini memang nampak semakin meningkat. Ular tedung pula agak agresif dan berbahaya kerana berbisa. Sebelum ini kami pernah menangkap ular tedung sepanjang kira-kira 7.6 meter kira-kira dua tahun lalu, ” katanya.

Sehubungan itu, Mahadzir menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan ular, sebaliknya segera menghubungi pasukan penyelamat.

“Hubungi pasukan penyelamat seperti bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atau bantuan pihak kami supaya tindakan selamat boleh diambil,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang memerlukan bantuan berkaitan penemuan ular boleh menghubungi BSYJM di talian 013-528 3358, yang beroperasi 24 jam.

Artikel Buletin Tv3
 
‘Bunyi seret, mengesot, cakar pun ada’


PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila dia tidak menyedari rupa-rupanya selama ini dia tinggal bersama ‘penyewa’ tidak diundang iaitu seekor ular sawa yang bersembunyi di bahagian atap siling rumahnya.

Menerusi hantaran Thread Nrlishh, wanita itu hanya menyedari kehadiran reptilia itu selepas ia tidak bernyawa dan menjadi bangkai.

“Patutlah dah lama dengar bunyi atas atap, rupanya ya Allah. Ular sawa ‘bapok besor’ (besar sangat) dah jadi bangkai, baru tahu.

“Rumah teres setingkat je. Busuk bau benda mati mula-mula tu, hari ni tiba-tiba siling ada air menitik. Itu pecahkan siling tu. Allah, takut awak rumah saya ramai anak kecil,” katanya pada hantaran itu selain menjawab pertanyaan orang ramai.

Menjawab pertanyaan orang ramai, Nrlishhh berkata, dia menyedari ada terdengar bunyi seperti benda sedang mengesot dari bahagian tersebut sebelum ini.

“Bunyi seret-seret, mengesot macam tu. Cakar-cakar pun ada juga dengar,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas selain ada yang bimbang berdepan pengalaman seperti dilalui wanita tersebut.

“Jap bunyi dia macam mana eh? Bunyi macam seret-seret ke? Rumah saya ni akhir-akhir ni macam ada bunyi seret-seret tu. Risau pula,” komen Naily_nxjwa.

“Macam mana ular boleh naik atas tu. Lepas tu kan, bunyi dia macam mana atas bumbung tu, risau pula,” kata Aliateddy.

“Meremang tengok ular besar, tak boleh bayang lah kalau tengah lena malam jatuh sedebuk,” kata Deeyalee. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register