BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jepun cipta ‘peti sejuk manusia’ atasi cuaca panas melampau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,136
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,136
Reaction score
346
Points
141

Jepun cipta ‘peti sejuk manusia’ atasi cuaca panas melampau​

3625893.webp

Konishi berehat dalam 'peti sejuk manusia' di gudang syarikat di Higashiosaka, Osaka. Foto AFP

HIGASHIOSAKA - Berasa pening dan tidak sihat selepas berbasikal ke tempat kerja dalam cuaca panas terik, seorang pekerja gudang di Jepun memilih kaedah luar biasa untuk menyejukkan badan dengan ‘peti sejuk manusia’.

Mesin sebesar pondok telefon itu dilengkapi dengan pancutan udara sejuk yang memberikan keselesaan dingin dan mendapat sambutan di Jepun yang berdepan suhu semakin tinggi selepas mula diperkenalkan tahun ini.

“Memang sangat menyegarkan,” kata seorang pengguna, Taichi Konishi, 24, kepada AFP.

Pengedar peralatan industri berpangkalan di Tokyo, Trusco Nakayama berkata, lebih 300 unit mesin dikenali sebagai Do Hiemon Box telah dijual sejak April lalu.

Mesin berkenaan berharga kira-kira 1.5 juta yen (RM38,000) seunit.- AFP

 
Back
Top
Log in Register