BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyelesaian muktamad gelombang haba, Jepun jual peti sejuk manusia

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Penyelesaian muktamad gelombang haba, Jepun jual peti sejuk manusia​

peti-sejuk-manusia-ragam.jpeg

Gambar menunjukkan Do Hiemon Box atau dipanggil peti sejuk manusia. - Trusco Nakayama

TOKYO – Sebuah syarikat memperkenalkan ruang penyejukan peribadi dipanggil peti sejuk manusia selepas Jepun berdepan cuaca panas melampau, lapor agensi berita United Press International.

Dinamakan Do Hiemon Box, saiz peti itu menyamai saiz mesin layan diri standard di Jepun dan boleh memuatkan seorang individu dalam satu masa.

Peranti tersebut mengekalkan suhu dalaman tahap nyaman 15 darjah Celcius, manakala aliran udara sejuk akan ditiup ke kepala, leher, bahu serta belakang pengguna.

Ia dibina oleh pengeluar peralatan penyejukan dan mesin layan diri, SDRS dan dijual melalui pembekal peralatan perindustrian, Trusco Nakayama.

Selain dapat mengurangkan kelesuan haba, produk itu direka khas untuk mereka yang bekerja di persekitaran panas seperti tapak pembinaan dan lain-lain.

Do Hiemon Box dijual pada harga 1.5 juta yen (RM37,488).

Suhu di seluruh Jepun meningkat kepada 37.77 darjah Celsius sejak beberapa minggu lalu, dengan seramai 48 orang di Tokyo dimasukkan ke hospital akibat strok haba.  – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register