BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jepun jual peti sejuk manusia atasi masalah gelombang haba

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201


Penyelesaian muktamad gelombang haba, Jepun jual peti sejuk manusia

TOKYO – Sebuah syarikat memperkenalkan ruang penyejukan peribadi dipanggil peti sejuk manusia selepas Jepun berdepan cuaca panas melampau, lapor agensi berita United Press International.

Dinamakan Do Hiemon Box, saiz peti itu menyamai saiz mesin layan diri standard di Jepun dan boleh memuatkan seorang individu dalam satu masa.

Peranti tersebut mengekalkan suhu dalaman tahap nyaman 15 darjah Celcius, manakala aliran udara sejuk akan ditiup ke kepala, leher, bahu serta belakang pengguna.


Selain dapat mengurangkan kelesuan haba, produk itu direka khas untuk mereka yang bekerja di persekitaran panas seperti tapak pembinaan dan lain-lain.

Do Hiemon Box dijual pada harga 1.5 juta yen (RM37,488).

Suhu di seluruh Jepun meningkat kepada 37.77 darjah Celsius sejak beberapa minggu lalu, dengan seramai 48 orang di Tokyo dimasukkan ke hospital akibat strok haba. – AGENSI

Artikel Kosmo Online
 
413366-413366.jpg


sementara itu di malaysia sudah lama di amalkan tidur dalam peti ais ni..😂😂
 
Back
Top
Log in Register