hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,513
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,513
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Ford Mustang Mewah Disita JPJ, Cukai Jalan Tamat Tempoh & Tiada Insurans
KULIM, 12 Julai – Sebuah Ford Mustang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim selepas dikesan dipandu dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh serta tanpa perlindungan insurans yang sah dalam operasi penguatkuasaan di KM1 Kelang Lama pada jam 2.28 petang.
Susulan kesalahan tersebut, saman telah dikeluarkan kepada pemandu manakala kenderaan mewah itu disita untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
JPJ menegaskan tiada pengecualian dalam penguatkuasaan undang-undang, termasuk terhadap kenderaan mewah, dan akan terus memperhebat operasi bagi memastikan pematuhan serta keselamatan pengguna jalan raya.
(Sumber : JPJ Cawangan Kulim)
#Operasi
KES MENANGKAP ULAR DI KG. KUALA TELANG, LIPIS
Masa : 3.34 petang
Lokasi : Kg. Kuala Telang, Lipis
Petugas : 4x Anggota
Kenderaan : 1x LRV Navara 4x4 (CC009)
Catatan : Seekor ular jenis sawa batik (Reticulated python) berjaya ditangkap.
Hubungi kami APM Daerah Lipis di talian NGMERS 999 atau talian terus 09-3122999 / 09-3101710 untuk bantuan dan kecemasan.
APM | SEDIA | PANTAS | BERINTEGRITI
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Pahang
Angkatan Pertahanan Awam Daerah Lipis
Jabatan Perdana Menteri
Sumber Apm Lipis