BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

14230532280911981-397594.jpg

14230532280911981-397595.jpg

14230532280911981-397596.jpg

14230532280911981-397597.jpg


#OPERASI


Pada jam 1704 HRS Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu telah menerima panggilan kecemasan dari orang awam yang berkaitan penemuan seekor ular sawa batik di dalam kandang kambing yang terletak di D' Resort Jalan Wang Tepus .Setibanya di lokasi , anggota mendapati seekor ular berada dalam kandang kambing dalam keadaan kekenyangan dan tindakan penangkapan telah dijalankan menggunakan peralatan yang sesuai .Ular tersebut berjaya ditangkap dengan selamat tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan. Operasi tamat pada jam 1907 HRS.

APM KUBANG PASU
Sedia,Pantas,Berintegriti
 

14230573433797757-397628.jpg

14230573433797757-397629.jpg

14230573433797757-397630.jpg

14230573433797757-397631.jpg

14230573433797757-397632.jpg


Ular sawa batik menyorok dalam reban ayam


Menurut Pegawai Bahagian Bencana & Operasi Pertahanan Awam Daerah Hulu Perak, Lt. M (PA) Mohd Asrizul Hafiz Anuar, dianggarkan panjang ular sawa batik itu 5 meter dan berat 90 kilogram (kg).

Katanya, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu dan bergerak ke lokasi pada pukul 8 pagi.

"Pengadu memaklumkan ada ular sawa yang menyorok di reban ayam yang terletak di belakang rumahnya.

"Seramai tujuh orang petugas bergerak ke lokasi dan berjaya menangkap ular tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Foto: APM Perak

#peraktastic
 


Ni ular ke cacing?
 
14231258587337157-397941.jpg

14231258587337157-397942.jpg

14231258587337157-397943.jpg

14231258587337157-397944.jpg

14231258587337157-397945.jpg

14231258587337157-397946.jpg

14231258587337157-397947.jpg


BEKAS RENJER HUTAN DITAHAN SIMPAN KOLEKSI HIDUPAN LIAR BERNILAI RM550,000


Komander Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, lelaki tempatan berusia 60 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan menemukan pelbagai koleksi bahagian hidupan liar dilindungi yang dipercayai disimpan sejak puluhan tahun lalu.


Antara yang dirampas termasuk 55 pasang tanduk dipercayai tanduk rusa, tiga batang sumbu disyaki sumbu badak serta 330 keping sisik tenggiling.

Turut ditemui ialah tulang dan gigi gajah, tengkorak beruang, tengkorak gajah, bangkai serta kulit ular sawa, selain tanduk kijang, tanduk tambadau dan hempedu disyaki hempedu beruang.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai memperoleh bahan berkenaan melalui pembelian daripada penduduk kampung di kawasan pedalaman Sabah serta mengumpul bahagian haiwan yang ditemui untuk dijadikan koleksi peribadi.

Menurut beliau, suspek dipercayai mula mengumpul bahan tersebut sejak berkhidmat sebagai renjer hutan pada tahun 1986 sebelum bersara pilihan pada 2019 akibat masalah kesihatan.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM589,230, manakala nilai sitaan dianggarkan RM550,100.

Semua rampasan bersama suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran sebelum diserahkan kepada JHL Sabah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 Sabah kerana memiliki dan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa permit sah.

Kredit➡️ Sabah Dimensi
 
14232897138112741-398403.jpg

14232897138112741-398404.jpg

14232897138112741-398405.jpg

14232897138112741-398406.jpg



Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mersing berjaya menangkap seekor ular sawa di sebidang tanah yang dalam proses dibersihkan, berhampiran Jalan Pintasan Kubur India. Turut ditemui lebih dua puluh telur ular semasa operasi dijalankan.

Syabas dan terima kasih kepada pegawai dan anggota APM Mersing yang terlibat.

APM Mersing
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

#DemiMersing
#UlarSawa
 
Ular sawa batik dua meter muncul dalam paip singki kedai

SIMANGGANG: Seorang peniaga wanita berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira dua meter bersembunyi di dalam saluran paip singki di kedainya di Tabung Haji Sri Aman, pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam daripada pengadu dikenali sebagai Nisya pada 8.41 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap ular.

Menurut beliau, anggota terlibat ialah Sarjan Mejar Jacky Enus, Sarjan Joseph Badar Walim, Lans Koperal Ngalai Lajan dan Prebet Chen Joo Liong dengan menggunakan logistik kenderaan penyelamat ringan jenis JMC.

“Ketika pengadu ingin mencuci longkang, pengadu ternampak kelibat seekor ular berada di dalam saluran paip singki di kedainya sebelum segera menghubungi pihak APM untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan APM bergerak ke lokasi pada jam 8.43 pagi dan tiba empat minit kemudian memandangkan jarak lokasi kejadian hanya satu kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

“Hasil tindakan pantas anggota di lokasi, subjek sejenis ular sawa batik sepanjang dua meter berjaya ditangkap menggunakan teknik menjerut dan menyepit,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 9.10 pagi.

Artikel Utusan Sarawak
 
14238954994649037-400491.jpg

14238954994649037-400492.jpg

14238954994649037-400493.jpg

14238954994649037-400494.jpg

14238954994649037-400495.jpg


MANGSA PATUKAN ULAR

Cerita dia bermula begini :

Dia pergi rumah kawan dia nak ambil grinder yang terletak dalam rak kasut depan rumah. Sampai di rumah kawan dia, dia terus buka rak kasut dan tanpa syak apa-apa dia masukkan tangan dalam rak kasut untuk ambil grinder terus kena patuk dan dia ingat kucing yang cakar dia.

Selepas kena patuk, dia terus balik ke rumah dan semasa dalam perjalanan balik ke rumah dia rasa mata kanan tak boleh nak buka dan air liur pun tak boleh nak telan.

Sampai sahaja di rumah, dia terus call isteri minta hantar ke klinik sebab tak tahan sakit. Wife dia bawa ke klinik swasta tapi klinik tu tak terima kemudian terus pergi ke klinik kesihatan untuk dapatkan rawatan.

Kesimpulannya, musim panas ular akan cari tempat untuk berteduh, jadi antara tempat yang ular akan cari untuk berteduh adalah dalam kasut, dalam rak kasut, lubang air buang dan kawasan yang sejuk. Merujuk kepada kes ni, sebelum pakai kasut atau ambil kasut pastikan ketuk atau lihat dulu dalam kasut bagi mengelakkan ada binatang lain yang sedang menumpang berteduh

@Wakjanggot

Kredit➡️ FARID SQUAD KING COBRA
 
14239444161757893-400641.jpg

14239444161757893-400642.jpg

14239444161757893-400643.jpg


#KHIDMATKEMANUSIAAN

KES MENANGKAP ULAR (KMU)


KAMPUNG BAKALAU,BEAUFORT

APM Beaufort telah berjaya menangkap ular sawa batik seberat 300g ,sepanjang 1 meter yang berada di dalam bakul motorsikal di luar rumah pengadu

SYABAS DAN TAHNIAH !

Sumber APM Beaufort
 
14242310596113581-401715.jpg

14242310596113581-401716.jpg


LELAKI MENINGGAL DUNIA AKIBAT PATUKAN ULAR DALAM RAK KASUT

MALAYSIA – Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas dipatuk seekor ular yang bersembunyi di dalam rak kasut ketika dia berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil sebuah mesin pengisar (grinder).

Menurut perkongsian mengenai kejadian itu, mangsa dikatakan terus memasukkan tangannya ke dalam rak kasut tanpa menyedari terdapat seekor ular bersembunyi di dalamnya. Selepas dipatuk, mangsa pada mulanya menyangka kecederaan tersebut hanya akibat dicakar kucing.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, mangsa mula mengalami simptom serius apabila mata kanannya sukar dibuka dan dia turut mengalami kesukaran untuk menelan air liur.

Setibanya di rumah, mangsa meminta isterinya membawanya mendapatkan rawatan. Mereka dikatakan pergi ke sebuah klinik swasta sebelum dirujuk ke klinik kesihatan untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu menjadi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika mengambil atau memakai kasut, terutama pada musim panas apabila ular sering mencari tempat teduh seperti rak kasut, kasut, lubang saliran dan kawasan yang sejuk untuk berlindung.

Orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa atau mengetuk kasut terlebih dahulu sebelum memakainya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

🇲🇾 MALAYSIA
 
Back
Top
Log in Register