BTC USD 81,493.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca panas, ular semakin banyak dijumpai

14176261360247181-376160.jpg

14176261360247181-376161.jpg

14176261360247181-376162.jpg

14176261360247181-376163.jpg


APM Lubok Antu tangkap ular ‘cincin emas’ dua meter di Stesen Janakuasa Batang Ai

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu berjaya menangkap seekor ular dikenali sebagai ‘cincin emas’ sepanjang kira-kira dua meter di kawasan Stesen Janakuasa Batang Ai, selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, semalam.

Menurut kenyataan media Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu, pihaknya segera menggerakkan anggota sebaik menerima laporan mengenai kehadiran reptilia tersebut yang menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pekerja dan penduduk sekitar.


Ular tersebut berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas termasuk penyepit dan penjaring bagi memastikan keselamatan anggota operasi serta individu yang membuat laporan. Kawasan sekitar turut dipantau bagi mengelakkan risiko ancaman susulan.

APM memaklumkan bahawa tindakan segera amat penting bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh mengancam keselamatan awam, khususnya di kawasan berhampiran hutan dan sungai yang menjadi habitat semula jadi reptilia.

Sehubungan itu, pihak APM menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan haiwan liar, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan profesional.

Untuk sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi APM Lubok Antu di talian 083-584639 atau melalui talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan segera.

Artikel : Utusan Sarawak
 
376902-376902.jpg


Nyaris terpijak ekor tedung selar ketika bersahur


ALOR GAJAH: Seorang guru tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) nyaris menjadi mangsa patukan ular tedung selar yang memasuki rumahnya di Kampung Pulau, Durian Tunggal, awal pagi tadi.

Kamisah Abu, 55, berkata, ular sepanjang tiga meter itu hanya disedari apabila dia terlihat benda berlingkar di bawah papan penggosok, kira-kira jam 5.30 pagi.

Menurutnya, dia bersama suami dan anak perempuan baru selesai bersahur di meja makan bersebelahan papan penggosok itu, tidak menyedari ular itu yang tidak bergerak atau mengeluarkan sebarang bunyi.

"Allah nak uji kami sekeluarga di bulan Ramadan ini. Kaki saya dah terlalu hampir, kalau terpijak sedikit ekornya, Wallahuaklam apa yang jadi.

"Biasanya saya tak pandang bawah, namun pagi tadi Allah gerakkan hati untuk melihat dan terus nampak ular itu. Saya menggigil ketakutan dan menjerit memanggil suami," katanya dihubungi di sini.

Beliau berkata, suaminya segera menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Alor Gajah.

Artikel : Berita Harian
 
14178866949703029-377113.jpg

14178866949703029-377114.jpg

14178866949703029-377115.jpg


#OPERASI

BERTENGGEK DALAM BILIK


Pasukan APM Sik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 ptg terus respond kes berkenaan dan mendapati terdapat seekor ular spesis King Cobra di dalam bilik pengadu yang bertenggek berhampiran lampu

Tindakan pantas pasukan APM berjaya menjerut reptilia berkenaan seterusnya di bawa pulang ke PKOD APM Sik untuk tindakan lanjut


Jika terdapat sebarang kes kecemasan, orang awam di daerah Sik boleh menghubungi APM sik di talian 04 469 8221 atau talian kecemasan 999

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
@followers

Sumber APM Sik
 
haha den baru sembang jiran sblah rumah, pagi tadi dio siram pokok kek blkg rumah, nmpk ado ular beso lengan tgh leksapkoklu dlm yard blkg umah.

dio call bomba, bomba dtg cek dah hilang ular tu.... risau dah jiran ni
 
14181095782418173-378091.jpg

14181095782418173-378092.jpg

14181095782418173-378093.jpg

14181095782418173-378094.jpg


Anak ular sawa ‘kenyang’ sembunyi dalam dinding rumah penduduk

SPAOH: Kehadiran seekor anak ular sawa mengejutkan penghuni sebuah rumah di Kampung Hilir Spaoh pada awal pagi tadi apabila reptilia itu ditemui di dalam rumah mereka.

Menurut kenyataan media Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh, kejadian tersebut disedari sekitar 2.30 pagi sebelum pengadu segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Spaoh untuk mendapatkan bantuan.

Susulan panggilan kecemasan itu, seramai empat anggota APM dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap reptilia berkenaan.

Setibanya di lokasi, anggota melakukan pemeriksaan menyeluruh di kawasan rumah bagi mengesan kedudukan ular tersebut yang kali terakhir dilihat berada di dalam sebuah bilik.

Menurut kenyataan itu, operasi pencarian mengambil masa sekitar minit sebelum anggota berjaya menemui seekor anak ular sawa sepanjang kira-kira tiga kaki yang bersembunyi di dalam dinding.


Ular tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak khas haiwan berbisa bagi memastikan keselamatan sebelum dibawa pulang ke PKOD untuk tindakan selanjutnya. Operasi tersebut berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi talian PKOD APM Spaoh di 083-473006 atau talian kecemasan 999 sekiranya berdepan situasi kecemasan atau penemuan haiwan berbisa.

Artikel : Utusan Sarawak
 
14189227866806181-382016.jpg

14189227866806181-382017.jpg

14189227866806181-382018.jpg

14189227866806181-382019.jpg


KES MENANGKAP ULAR🐍


03x anggota Skuad Alpha telah digerakkan ke lokasi dan berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira 5 kaki menggunakan peralatan khas.

Operasi berjalan dengan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Kredit➡️ APM SARATOK
 



Video tular seekor tedung selar putus dua selepas di libas menggunakan sabit di Kolam Pak Manap, Kota Tinggi baru-baru ini.

Terdahulu, haiwan berbisa tersebut didapati sedang memakan seekor biawak.

Sumber➡️ Syikin Lisa Lisa
 
14198658061339629-385757.jpg

14198658061339629-385758.jpg

14198658061339629-385759.jpg

14198658061339629-385760.jpg


#OPERASI

𝐔𝐋𝐀𝐑 𝐒𝐀𝐖𝐀 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆


Ular sawa anggaran seberat 45 kilogram dan sepanjang hampir 6 meter itu telah membaham seekor anak lembu lewat petang tadi. Petugas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Baling telah menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kehadiran seekor ular sawa di kawasan ladang kelapa sawit.

Setibanya di lokasi kejadian, petugas APM Baling mendapati ular tersebut sedang menelan seekor anak lembu dan memulakan operasi menangkap reptilia tersebut.

Semasa proses tangkapan dijalankan, reptilia tersebut telah mengeluarkan semula anak lembu berkenaan sebagai tindak balas untuk melepaskan diri. Operasi berjaya dikawal dan diselesaikan dalam tempoh lebih kurang 30 minit.

Pihak APM Negeri Kedah menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan situasi seumpama ini kerana ia boleh membahayakan keselamatan diri. Sebaliknya, segera hubungi agensi berkaitan.
Kehadiran ular dipercayai disebabkan faktor mencari sumber makanan serta keadaan cuaca panas yang mendorong haiwan keluar dari habitat asal.

Mohd Bukhori
Apm Daerah Baling
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

Sumber APM Baling
 
93df9821102ff706cbccd6c08c72937569cb89174d231

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim (tengah) menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Febuari 2026 kepada Lt. (PA) Erma Rizuan (kanan) pada Majlis Himpunan Setia dan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-74 APM Melaka, hari ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding 1,600 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata keadaan itu berpunca daripada cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara ketika ini yang menyaksikan haiwan berbisa terutama ular akan keluar daripada habitatnya dan mencari tempat lebih teduh serta sejuk untuk dihuni.

"Antara kawasan yang digemari haiwan berbisa ini seperti longgokan kayu terbiar dan rumah, justeru saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan kerja-kerja pembersihan dengan mengutamakan keselamatan diri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Himpunan Setia dan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-74 APM Melaka di sini hari ini.

Sebanyak 70 pegawai dan anggota APM Melaka serta orang awam menerima Sijil Penghargaan Bulanan dan Pingat Pertahanan Awam pada majlis berkenaan.

Mengulas mengenai Op Prihatin dari 19 hingga 29 Mac sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Kamarulsyah berkata pihaknya merekodkan kira-kia 100 kes sepanjang 10 hari ia berlangsung.

Beliau berkata sebanyak 100 pegawai dan anggota bertugas dari 8 pagi hingga 12 tengah malam bagi membantu pengguna jalan raya yang menghadapi masalah dengan kenderaan mereka pada operasi berkenaan.

Katanya sebanyak 15 aset APM Melaka terbabit pada Op Prihatin kali ini dengan tumpuan rondaan di jalan Persekutuan, negeri dan bandaran.

 
14200197366773533-386412.jpg

14200197366773533-386413.jpg

14200197366773533-386414.jpg

14200197366773533-386415.jpg

14200197366773533-386416.jpg

14200197366773533-386417.jpg


🚨APM SARIKEI BERJAYA TANGKAP ULAR SAWA DALAM TANDAS PENDUDUK🐍🚨


SARIKEI :Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sarikei sekali lagi menunjukkan kecekapan dalam operasi menyelamat apabila berjaya menangkap seekor ular sawa di sebuah kediaman di Jalan Nyelong, awal pagi tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.24 pagi yang melaporkan kehadiran reptilia tersebut di dalam tandas rumahnya. Pengadu yang bimbang akan keselamatan diri segera mendapatkan bantuan pihak APM.

Skuad Alpha yang dianggotai seramai empat orang anggota bergegas ke lokasi dan tiba dalam masa beberapa minit. Setibanya di lokasi, anggota bertindak pantas menjalankan operasi dan berjaya menemui seekor ular sawa sepanjang kira-kira lima kaki.

Operasi penangkapan dilakukan menggunakan peralatan khas seperti penyepit dan penjerut bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin. Ular tersebut berjaya ditangkap tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Kes selesai sepenuhnya pada jam 5.37 pagi sebelum pasukan kembali ke PKOD Sarikei.

Pihak APM Sarikei menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terutama ketika musim panas kerana haiwan liar seperti ular cenderung keluar dari habitat asal dan memasuki kawasan kediaman. Sebarang kecemasan boleh terus dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera.

Sumber APM Sarikei
 
Back
Top
Log in Register